Sibuk Berswafoto Tapi Tak Sedar Rakan Lemas

Sibuk Berswafoto Tapi Tak Sedar Rakan Lemas - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sibuk Berswafoto Tapi Tak Sedar Rakan Lemas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sibuk Berswafoto Tapi Tak Sedar Rakan Lemas
link : Sibuk Berswafoto Tapi Tak Sedar Rakan Lemas

Baca juga


Sibuk Berswafoto Tapi Tak Sedar Rakan Lemas


IA merupakan detik-detik menyedihkan bagi seorang remaja, Vishwas G. Ketika dia tergapai-gapai dalam air, kawan-kawannya pula sedang sibuk berswafoto, tanpa menyedari rakan mereka itu sedang kelemasan.

Kejadian berlaku di Bangalore, India ketika remaja berusia 17 tahun itu berkelah bersama rakan sepengajiannya di kolej kebangsaan.

Menurut salah seorang rakannya, Sumanth A, ketika kejadian mereka sedang berkelah dan berenang di sebuah kuil.

Selepas habis berenang, mereka berswafoto beramai-ramai dan meninggalkan kolam berkenaan tanpa menyedari kehilangan Vishwas.

“Salah seorang rakan kami melihat semula gambar itu dan menyedari Vishwas lemas. Kami kembali semula ke kolam itu namun dia telah hilang,” katanya yang kemudian memaklumkan kepada pensyarah mereka, Prof. Girish yang bertugas memantau pelajar terbabit.

Mereka menghubungi polis dan tidak lama kemudian mayat Vishwas ditemui di kolam kuil terbabit yang berusia 300 tahun.

Keluarga Vishwas turut dimaklumkan mengenai anak mereka dan mereka bergegas ke situ.

Keluarga mangsa mendakwa pensyarah yang bertugas cuai dan mahu tindakan diambil namun tidak lama kemudian menarik balik gesaan terbabit.

Ia selepas pengurusan kolej berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana pihak yang cuai.

Vishwas merupakan anak kepada seorang penarik beca. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sibuk Berswafoto Tapi Tak Sedar Rakan Lemas

Sekianlah artikel Sibuk Berswafoto Tapi Tak Sedar Rakan Lemas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sibuk Berswafoto Tapi Tak Sedar Rakan Lemas dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/sibuk-berswafoto-tapi-tak-sedar-rakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :