Tolak Unsur Cinta Dalam ‘Ejen Ali 2’

Tolak Unsur Cinta Dalam ‘Ejen Ali 2’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tolak Unsur Cinta Dalam ‘Ejen Ali 2’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tolak Unsur Cinta Dalam ‘Ejen Ali 2’
link : Tolak Unsur Cinta Dalam ‘Ejen Ali 2’

Baca juga


Tolak Unsur Cinta Dalam ‘Ejen Ali 2’

Drama animasi popular Ejen Ali musim kedua lebih mengutamakan nilai persahabatan berbanding mewujudkan unsur cinta seperti yang diminta penonton drama berkenaan pada musim lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation, Usamah Zaid berkata, dia menolak cadangan berkenaan berikutan tidak mahu mendedahkan penonton yang terdiri daripada golongan kanak-kanak membabitkan hati dan perasaan.

“Selepas musim pertama dapat sambutan hangat, kami juga menerima banyak maklum balas daripada penonton. Ada segelintir yang mahu kami mewujudkan karakter yang ada melibatkan hubungan cinta dan perasaan.

“Tapi kami tidak mahu kerana kebanyakkan penonton masih terlalu muda untuk didedahkan dengan perkara tersebut. Kita hanya meneramkan nilai murni dan persahabatan sahaja,” ujarnya.

Dia ditemui pada majlis pelancaran drama Ejen Ali musim kedua yang diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC) One Utama, di sini, Rabu.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Primework Studio, Datuk Izham Omar dan Pengarah Tonton, Perlesenan dan Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Airin Zainul.

Drama animasi hasil kerjasama Primework Studio disiarkan pada Jumaat (hari ini) pukul 5.30 petang di TV3.

Sementara itu, Usamah berkata, pihaknya juga menitik beratkan senjata yang digunakan oleh setiap watak bukan daripada senjata tajam.

“Kita ambil langkah berhati-hati terutamanya penggunaan senjata, kami mengelakkan senjata yang tajam yang mana tidak amhu aksi watak itu akan ditiru.

“Setiap aksi pertarungan juga tidak keterlaluan dan masih dalam garis panduan yang ditetapkan,” ujarnya.

Selain itu juga, pelancaran musim kedua ini juga turut menampilkan penambahan lebih 20 karakter baharu yang lebih menarik.

Dalam pada itu juga, tambahnya, mereka kini dalam persiapan untuk menghasilkan Ejen Ali the Movie dan dijangka menemui peminat pada 2019.

The post Tolak Unsur Cinta Dalam ‘Ejen Ali 2’ appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tolak Unsur Cinta Dalam ‘Ejen Ali 2’

Sekianlah artikel Tolak Unsur Cinta Dalam ‘Ejen Ali 2’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tolak Unsur Cinta Dalam ‘Ejen Ali 2’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/tolak-unsur-cinta-dalam-ejen-ali-2.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :