link : Video: Budak Lelaki ‘Mandi’ Kuah Sup Mendidih
Video: Budak Lelaki ‘Mandi’ Kuah Sup Mendidih
RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) seorang budak lelaki ‘disimbah’ sup panas ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran stimbot menjadi tular di laman sosial.
Dalam video kejadian yang tidak dinyatakan masa dan lokasinya itu, pelayan restoran berkenaan secara tidak sengaja telah tertumpahkan sup panas yang dibawanya ketika menuju ke meja keluarga malang berkenaan.
Perkara itu menyebabkan kanak-kanak lelaki yang berusia lingkungan tiga tahun itu menjerit kesakitan sebelum mangsa segera diangkat oleh seorang wanita dipercayai ibunya.
Melihat keadaan menjadi tegang, si ayah terus melemparkan periuk sup panas dan memeriksa keadaan anak lelakinya itu, sebelum mendukung kanak-kanak itu untuk menenangkannya.
Sementara itu, pelayan terbabit pula kelihatan panik dan gelisah dengan situasi yang berlaku sambil memohon maaf.
Netizen yang memuat naik video itu tidak menyatakan tahap kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak lelaki itu, namun rata-rata pengguna media sosial berpendapat situasi yang berlaku amat menakutkan.
Ada juga pihak yang menasihatkan jika menjamu selera di mana-mana restoran, adalah lebih selamat membiarkan si kecil duduk di bahagian dalam, kerana dikhuatiri kemalangan yang tidak dingini seperti kejadian ini akan berulang. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Video: Budak Lelaki ‘Mandi’ Kuah Sup Mendidih
Sekianlah artikel Video: Budak Lelaki ‘Mandi’ Kuah Sup Mendidih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Video: Budak Lelaki ‘Mandi’ Kuah Sup Mendidih dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/video-budak-lelaki-mandi-kuah-sup.html