Wang Tunai RM100,000 ‘Lesap’ Dalam Lima Saat

Wang Tunai RM100,000 ‘Lesap’ Dalam Lima Saat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wang Tunai RM100,000 ‘Lesap’ Dalam Lima Saat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wang Tunai RM100,000 ‘Lesap’ Dalam Lima Saat
link : Wang Tunai RM100,000 ‘Lesap’ Dalam Lima Saat

Baca juga


Wang Tunai RM100,000 ‘Lesap’ Dalam Lima Saat


AKIBAT lalai, seorang wanita terpaksa menanggung kerugian sehingga lebih RM100,000 apabila wang tersebut dikatakan lesap dalam masa lima saat.

Wanita tersebut dilaporkan menjadi mangsa ragut ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran di Taman Equine, Seri Kembangan, Serdang, Selangor pada Jumaat lalu.

Kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah hari ketika seorang lelaki dikatakan muncul secara tiba-tiba kemudian mendekati meja makan mangsa sebelum merampas tas tangan yang berada di kerusi bersebelahan.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, sebelum kejadian suspek dikesan keluar daripada sebuah kereta yang terletak berhampiran dengan premis berkenaan.

“Suspek melarikan diri menggunakan dua kenderaan. Pemeriksaan terhadap kenderaan itu mendapati nombor pendaftaran yang digunakan adalah palsu.

“Kejadian ragut itu menyebabkan mangsa kerugian wang tunai berjumlah RM117,630. Menurut keterangan mangsa, wang itu adalah pinjaman daripada saudara-mara dan milik diri sendiri.

“Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan di sini, sejurus kejadian,” katanya dipetik Harian Metro.


Tambah Megat, pihaknya segera menjalankan siasatan sebelum lapan lelaki termasuk dua lelaki warga Indonesia ditahan bagi tujuan membantu siasatan.

Bagaimanapun, enam daripada lapan suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis. Manakala, baki dua lagi suspek yang merupakan warga Indonesia telah direman.

“Semua suspek ditahan di sekitar Seri Kembangan, di sini, Isnin lalu.

“Hasil soal siasat yang dijalankan, enam lelaki tempatan terbabit dilepaskan dengan jaminan polis, manakala dua lelaki warga Indonesia itu direman hingga 6 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki yang dilihat keluar daripada sebuah kereta jenis perodua Myvi berwarna perak mendekati premis.

Kemudiannya, merampas beg milik wanita tersebut yang diletakkan bersebelahan tempat duduknya.

“Lelaki itu kemudian masuk semula ke dalam kereta sebelum melarikan diri. Terdapat sebuah lagi kereta jenis sama berwarna kuning kelihatan mengekori kenderaan dinaiki suspek,” jelas Megat. – http://ift.tt/2xc7oy3
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Wang Tunai RM100,000 ‘Lesap’ Dalam Lima Saat

Sekianlah artikel Wang Tunai RM100,000 ‘Lesap’ Dalam Lima Saat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wang Tunai RM100,000 ‘Lesap’ Dalam Lima Saat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/wang-tunai-rm100000-lesap-dalam-lima.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :