YER KER!!!!! TIDAK RAMAI MENTERI AMAL RASUAH MASA SAYA TADBIR KERAJAAN, KATA TUN M

YER KER!!!!! TIDAK RAMAI MENTERI AMAL RASUAH MASA SAYA TADBIR KERAJAAN, KATA TUN M - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul YER KER!!!!! TIDAK RAMAI MENTERI AMAL RASUAH MASA SAYA TADBIR KERAJAAN, KATA TUN M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : YER KER!!!!! TIDAK RAMAI MENTERI AMAL RASUAH MASA SAYA TADBIR KERAJAAN, KATA TUN M
link : YER KER!!!!! TIDAK RAMAI MENTERI AMAL RASUAH MASA SAYA TADBIR KERAJAAN, KATA TUN M

Baca juga


YER KER!!!!! TIDAK RAMAI MENTERI AMAL RASUAH MASA SAYA TADBIR KERAJAAN, KATA TUN M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed mendakwa tidak ramai penjawat awam ataupun menteri terbabit dengan amalan rasuah sepanjang 22 tahun beliau mentadbir kerajaan persekutuan.

Dr Mahathir berkata penjawat awam dan menteri pada zaman pentadbirannya tahu bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang mengamalkan cara hidup mewah.

“Di masa saya menjadi perdana menteri, tidak ramai yang terlibat (rasuah) kerana mereka tahu tindakan akan diambil terhadap mereka.

“Dan kita tahu ini dari segi cara hidup mereka. Kalau mereka hidup terlalu mewah, tindakan akan diambil,” katanya dalam wawancara bersama CNN Indonesia yang dimuat naik ke YouTube semalam.

Dalam wawancara tersebut, Pengerusi Pakatan Harapan itu turut menyelar pihak yang menuduhnya mengamalkan kronisme dengan melaksanakan dasar penswastaan.

Kata beliau, tuduhan tersebut sengaja diada-adakan apabila negara telah menjadi maju dan rakyat mendapat manfaat daripada dasar tersebut.

“Maka dia dicap sebagai kroni. Tetapi kalau dia gagal, dia tak jadi kroni. Sebab itu, kalau kita nak tentukan tidak ada tuduhan kronisme, kita mesti tentukan semua sektor swasta gagal dan kita akan menderita, kalau semua sektor swasta gagal.

“Ini dicipta oleh kuasa-kuasa barat, akhbar-akhbar dari barat untuk mengkritik negara yang merdeka. Baru merdeka yang boleh bangunkan negara mereka lebih cepat daripada zaman mereka dijajah.”

Bagaimanapun, Dr Mahathir mengakui beliau pernah membantu individu yang difikirkan berkelayakan dan mempunyai prospek dalam perniagaan dalam memastikan kejayaan diperolehi mereka akan memberi manfaat kepada kerajaan.

“Kalau kita bagi RM1 juta kepada seorang penarik beca, tak mungkin dia dapat kemajuan kerana dia tak mempunyai pengetahuan, kecekapan dalam bidang perniagaan.

“Kita tolong orang yang sudah berjaya dalam sektor swasta dan kita suka dia lebih berjaya kerana keuntungan dia sebahagian besar dimiliki kerajaan,” katanya.


Demikianlah Artikel YER KER!!!!! TIDAK RAMAI MENTERI AMAL RASUAH MASA SAYA TADBIR KERAJAAN, KATA TUN M

Sekianlah artikel YER KER!!!!! TIDAK RAMAI MENTERI AMAL RASUAH MASA SAYA TADBIR KERAJAAN, KATA TUN M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel YER KER!!!!! TIDAK RAMAI MENTERI AMAL RASUAH MASA SAYA TADBIR KERAJAAN, KATA TUN M dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/yer-ker-tidak-ramai-menteri-amal-rasuah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :