Zahirah MacWilson Jadi ‘Luna’ Baharu Ganti Fathia?

Zahirah MacWilson Jadi ‘Luna’ Baharu Ganti Fathia? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahirah MacWilson Jadi ‘Luna’ Baharu Ganti Fathia?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahirah MacWilson Jadi ‘Luna’ Baharu Ganti Fathia?
link : Zahirah MacWilson Jadi ‘Luna’ Baharu Ganti Fathia?

Baca juga


Zahirah MacWilson Jadi ‘Luna’ Baharu Ganti Fathia?


NAMA Fathia Latiff menjadi sebutan hangat netizen sejak minggu lalu kerana isu video panas dan penggugurannya daripada drama terbitan Tenview Production Sdn. Bhd.

Mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan pelakon wanita yang bakal menggantikan Fathia untuk watak Luna dalam drama bersiri La Luna itu.

Semalam, persoalan tersebut terjawab apabila penerbitnya, Norazah Sahud mengumumkan Zahirah MacWilson bakal menyandang watak Luna yang baharu.

“Zahirah dipilih kerana dia sangat menepati watak Luna. Kami agak teliti memilih pelakon kerana tidak mahu masalah sebelum ini berulang lagi.

“Justeru, kami merujuk kepada beberapa produksi berhubung tahap disiplinnya dan dapati setakat ini dia tidak timbulkan masalah dengan mana-mana syarikat,”katanya dipetik laporan Harian Metro.


Selain mempunyai tahap disiplin yang baik, teraju utama drama Duda Pujaan Dara ini dipilih membawa watak tersebut kerana pakej yang terdapat pada dirinya sendiri sebagai pelakon utama.

“Zahirah seorang pelakon remaja yang sedang meningkat namanya. Lakonannya juga bagus dan boleh memberi kesan terhadap penonton drama ini nanti,”tambahnya.

Menurut Norazah, kata sepakat ini dibuat selepas berbincang dengan pengarah dan pengurus produksi walaupun Fathia telah melakonkan watak Luna dalam 35 babak.


Namun, ia tidak menjadi penghalang untuk mengambil tindakan drastik itu kerana masalah disiplin Fathia yang selalu datang lambat ke set dan tidak bermaya akan menjejaskan perjalanan proses penggambaran drama tersebut.

Khabarnya, penggambaran semula untuk drama ini sudahpun bermula semalam. Pihak Tenview Production juga ada memuat naik gambar Zahirah semasa di lokasi penggambaran ke laman Facebook dengan caption #luna.

Diharapkan selepas ini proses pengambaran drama La Luna ini berjalan dengan lancar dan dapat menyampaikan mesej yang baik melalui drama tersebut. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Zahirah MacWilson Jadi ‘Luna’ Baharu Ganti Fathia?

Sekianlah artikel Zahirah MacWilson Jadi ‘Luna’ Baharu Ganti Fathia? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahirah MacWilson Jadi ‘Luna’ Baharu Ganti Fathia? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/zahirah-macwilson-jadi-luna-baharu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :