2 HARI WAN JI DIREMAN, JUGA RUMAH AKAN DIGELEDAH POLIS

2 HARI WAN JI DIREMAN, JUGA RUMAH AKAN DIGELEDAH POLIS - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 2 HARI WAN JI DIREMAN, JUGA RUMAH AKAN DIGELEDAH POLIS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 2 HARI WAN JI DIREMAN, JUGA RUMAH AKAN DIGELEDAH POLIS
link : 2 HARI WAN JI DIREMAN, JUGA RUMAH AKAN DIGELEDAH POLIS

Baca juga


2 HARI WAN JI DIREMAN, JUGA RUMAH AKAN DIGELEDAH POLIS

Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin yang ditahan semalam akan direman selama 2 hari bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan berhubung sebuah rakaman video di YouTube.

“Polis memohon perintah tahanan reman 4 hari, tetapi majistret hanya membenarkan 2 hari untuk melengkapkan siasatan mereka,” kata peguamnya, Saiful Izham Ramli kepada FMT.

Beliau yang dibantu Zulhazmi Shariff berkaa, siasatan polis itu tiada kaitan dengan dakwaan Wan Ji menghina seorang “Tuanku”.

Katanya, mereka akan kembali ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang esok kerana siasatan itu patut selesai ketika itu. Saiful berkata, polis merampas telefon bimbit Wan Ji dan akan membawanya ke Sungai Buloh untuk menggeledah rumahnya.

“Kami tiada butiran video mahupun laporan polis itu,” katanya sambil menambah anak guamnya tidak akan memberi sebarang keterangan kepada polis.

Wan JI ditahan sejurus menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun semalam berkata, Wan Ji ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan bagi membantu siasatan ke atas video tular yang didakwa menghina “Tuanku”.

Katanya, polis bertindak ke atas laporan polis yang diterima beberapa hari lalu ke atas ketua exco agama Pemuda PKR itu.

Penahanan Wan Ji berlaku beberapa hari selepas penceramah agama dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, yang direman 3 hari di bawah Akta Hasutan, memuat naik gambar Wan Ji dengan ayat “Wan Ji mahu sistem raja dihapuskan”.


Demikianlah Artikel 2 HARI WAN JI DIREMAN, JUGA RUMAH AKAN DIGELEDAH POLIS

Sekianlah artikel 2 HARI WAN JI DIREMAN, JUGA RUMAH AKAN DIGELEDAH POLIS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 2 HARI WAN JI DIREMAN, JUGA RUMAH AKAN DIGELEDAH POLIS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/2-hari-wan-ji-direman-juga-rumah-akan.html

Subscribe to receive free email updates: