Adam Shahz Tepis Tuduhan Bersekongkol Dengan Boy Iman

Adam Shahz Tepis Tuduhan Bersekongkol Dengan Boy Iman - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adam Shahz Tepis Tuduhan Bersekongkol Dengan Boy Iman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adam Shahz Tepis Tuduhan Bersekongkol Dengan Boy Iman
link : Adam Shahz Tepis Tuduhan Bersekongkol Dengan Boy Iman

Baca juga


Adam Shahz Tepis Tuduhan Bersekongkol Dengan Boy Iman

Pelakon, Adam Shahz menafikan dakwaan dia bersekongkol dengan pelakon Datuk Boy Iman berhubung penipuan projek pembinaan rumah mencecah RM6.2 juta yang hangat diperkatakan masyarakat, sejak dua hari lalu.

Memetik laporan mStar online, Adam berkata, dia dilantik oleh Boy sebagai jurucakap selebriti dan hanya terlibat untuk beberapa projek seni yang dijalankan usahawan itu.

“Saya menerima tawaran sebagai jurucakap untuk perkara berkaitan seni selepas terlibat dengan beberapa projek seni untuk projek berkaitan yang dilaksanakan oleh Boy.

“Saya tahu netizen kecam saya dan imej saya sudah pun terjejas. Tapi saya hanya menjadi jurucakap selebriti sahaja, ia hanya berkaitan seni, saya terlibat dengan projek teater Kontena 404 yang bakal dipentaskan bulan ini,” ujarnya.

Laporan mendia menyebut, pada Isnin lalu, Boy Iman atau Norul Iman Abdul Rahman bersama dua lagi suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Boy bagaimanapun telah bebas tahanan reman pada petang Rabu namun beberapa minit kemudian dia ditahan semula dan dibawa ke dua negeri berasingan untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Adam berkata dia tidak boleh memberi sebarang komen berkaitan perkara tersebut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas.

“Saya tidak tahu apa-apa berkaitan perniagaan mereka dan tidak boleh beri komen tentang itu.

“Biar pihak berkuasa dan mahkamah yang menentukan siapa betul dan salah,” ujarnya

The post Adam Shahz Tepis Tuduhan Bersekongkol Dengan Boy Iman appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Adam Shahz Tepis Tuduhan Bersekongkol Dengan Boy Iman

Sekianlah artikel Adam Shahz Tepis Tuduhan Bersekongkol Dengan Boy Iman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adam Shahz Tepis Tuduhan Bersekongkol Dengan Boy Iman dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/adam-shahz-tepis-tuduhan-bersekongkol.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :