"AKAR UMBI DAP MAHU JAWAPAN DARI KIT SIANG ISU RM1 BILLION"

"AKAR UMBI DAP MAHU JAWAPAN DARI KIT SIANG ISU RM1 BILLION" - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "AKAR UMBI DAP MAHU JAWAPAN DARI KIT SIANG ISU RM1 BILLION", kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "AKAR UMBI DAP MAHU JAWAPAN DARI KIT SIANG ISU RM1 BILLION"
link : "AKAR UMBI DAP MAHU JAWAPAN DARI KIT SIANG ISU RM1 BILLION"

Baca juga


"AKAR UMBI DAP MAHU JAWAPAN DARI KIT SIANG ISU RM1 BILLION"

BANYAK pihak persoalkan bagaimana Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh meluncur laju naik menjadi Pengerusi Pakatan Harapan kalau tidak ada `sesuatu dilambakkan’?

Ada pihak yang mengesyaki ada yang tidak kena dengan hal ini, Mahathir dikatakan menyogok Pengerusi DAP, Lim Kit Siang sebanyak RM1 bilion supaya dia boleh menjadi Pengerusi Pakatan.

Difahamkan juga, sebahagian daripada perjanjian itu adalah Kit Siang tidak akan ‘mendedahkan apa-apa’ berhubung skandal forex Bank Negara manakala anak Mahathir iaitu Datuk Seri Mukhriz akan diberikan kerusi parlimen yang selamat untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-14.

Apabila diteliti secara mendalam, ada juga locus standi dalam hal Pakatan Kit Siang dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ini.

Mahathir sejak sekian lama menjadi duri dalam daging kepada penyokong akar umbi DAP.

Tindakan Penasihat DAP itu bersekongkol dengan Mahathir pada tanggapan ahlinya - DAP telah menggadai prinsip.

Ahli DAP termasuklah empat pemimpin DAP Melaka yang meninggalkan parti itu awal tahun ini mencerminkan kekecewaan mereka apabila pemimpin parti itu sendiri tidur sebantal dengan bekas musuhnya sejak sekian lama.

Kit Siang dan Mahathir adalah dua tokoh politik veteran yang digelar pencatur politik Machiaveli.

Mahathir maklum kekuatan politik pemimpin supremo DAP itu. Demikian jugalah Kit Siang turut mengenali kekuatan politik bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.

Rakyat Malaysia cukup menyedari herdikan Mahathir terhadap Kit Siang dan begitulah sebaliknya.

Mahathir pada November 2013 melabelkan Kit Siang sebagai pemimpin gila kuasa yang tidak mahu bersara dalam bidang politik yang diceburinya sejak 1964.

“Pada 1964, saya jadi wakil rakyat (di parlimen Kota Star Selatan, Kedah) dan Kit Siang pula menjadi Setiausaha Politik kepada Devan Nair (Ahli Parlimen PAP Bangsar). Kemudian setelah PAP tidak dapat aktif lagi di Malaysia, Kit Siang kemudian menubuhkan DAP dan menjadi ketuanya."

“Saya bersara 2003. Kit Siang belum bersara, masih ketua DAP dan menjadi wakil rakyat Gelang Patah. Bila Kit Siang akan bersara? Sampai matikah? Jika sudah bersara, nak jadi pemimpin kanan (Senior Leader) DAP kah?,” soal Mahathir.

Sebelum Pilihan Raya Umum 2013, Mahathir turut berkempen di Johor untuk mengalahkan Kit Siang yang bertanding di Parlimen Gelang Patah.

“Lim Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi ‘kubur’ kepada Lim Kit Siang."

“Kita perlu memastikan dia (Kit Siang) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN,” katanya.

Pada majlis ‘Bicara Minda’ anjuran Pusat Khidmat Parlimen Pulai itu, Mahathir memulangkan paku buah keras terhadao Kit Siang yang mahukan rakyat ‘Ubah’ dan ‘Tukar’ kerajaan sedia ada yang dipimpin BN. Walhal sebenarnya pemimpin veteran DAP itu yang perlu berubah.

“Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia.”

Anak Kit Siang yang jawatan Setiausaha Agung parti belum disahkan, Lim Guan Eng sendiri mengaku terpaksa menjalin hubungan bersama Mahathir meskipun pernah menjadi musuh ketatnya.

Kata Guan Eng, dia secara dasarnya tidak berminat bekerjasama dengan Mahathir ekoran Kit Siang pernah disumbat ke penjara menerusi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di bawah pemerintahan 'kuku besi' bekas Perdana Menteri itu.

“Kalau dia (Kit Siang) tidak syok DAP bekerjasama dengan Mahathir, saya lagi tidak syok. Mengapa? Kerana sebenarnya ada orang tanya bagaimana saya boleh bekerjasama dengan Mahathir bila beliau tangkap Kit Siang dua kali."

“Saya jawab, betul, beliau tangkap bapa saya dua kali, tapi beliau bukan sahaja tangkap bapa saya, beliau juga tangkap saya dua kali. Anda ingat saya boleh lupakah?,” kata Guan Eng.

Jadi, barangkali benarlah dakwaan Mahathir sogok RM1 bilion kepada Kit Siang untuk menjadi pengerusi pakatan itu.

Kit Siang mesti jawab dakwaan ini kepada ahli-ahli akar umbi DAP.


Demikianlah Artikel "AKAR UMBI DAP MAHU JAWAPAN DARI KIT SIANG ISU RM1 BILLION"

Sekianlah artikel "AKAR UMBI DAP MAHU JAWAPAN DARI KIT SIANG ISU RM1 BILLION" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "AKAR UMBI DAP MAHU JAWAPAN DARI KIT SIANG ISU RM1 BILLION" dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/akar-umbi-dap-mahu-jawapan-dari-kit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :