Aksi Pemandu Myvi ‘Menggila’ Di Jalan Raya

Aksi Pemandu Myvi ‘Menggila’ Di Jalan Raya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aksi Pemandu Myvi ‘Menggila’ Di Jalan Raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aksi Pemandu Myvi ‘Menggila’ Di Jalan Raya
link : Aksi Pemandu Myvi ‘Menggila’ Di Jalan Raya

Baca juga


Aksi Pemandu Myvi ‘Menggila’ Di Jalan Raya


CARI NAHAS… Aksi sebuah kereta Produa Myvi yang ‘menggila’ di atas jalan raya dengan memandu tanpa hala dan berkemungkinan telah melanggar kenderaan lain menjadi tular di media sosial.

Video insiden tersebut kebetulan sempat dirakam oleh saksi kejadian yang jelas menunjukkan kesesakan lalu lintas berlaku kerana sikap pemandu kenderaan berkenaan yang memandu tanpa arah itu.

Bagaimana pun, lokasi dan masa kejadian itu berlaku tidak dapat dikenal pasti kerana tiada butiran lanjut.

Orang awam yang berada di kawasan kejadian berang dengan tindakan pemandu itu kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab, terus memandu tanpa rasa bersalah.

“Dia tak boleh pergi mana, rim tayar dia tu,” kata individu yang merakamkan video tersebut.


Beberapa orang awam telah bertindak untuk merosakkan kenderaan itu menggunakan batang kayu dan topi keledar dengan tujuan supaya pemandu tersebut akan keluar dari keretanya.

Turut kelihatan kerosakan kecil di bahagian bumper belakang dan tayar belakang Myvi tersebut, yang berkemungkinan akibat telah melanggar penghadang jalan.

Mungkin pemandu tersebut berada dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana jika dilihatkan, dia langsung tidak mempedulikan orang awam yang mengamuk kerana tindakannya itu.


Tidak lama kemudian, kereta Myvi itu sudah berjaya ditahan oleh pihak polis di dalam sekatan jalan raya yang telah dibuat beberapa kilometer dari tempat kejadian.

Namun, tiada berita selanjutnya mengenai kejadian ini. Tindakan pemandu yang ‘gila’ itu boleh membahayakan nyawa orang lain.

Mana tidaknya, sekejap ke depan, sekejap ke tepi. Mujur tiada motosikal yang lalu di bahu jalan ketika kejadian… Kalau tidak, lain pula yang jadi. – MYNEWSHUB.CC/AA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Aksi Pemandu Myvi ‘Menggila’ Di Jalan Raya

Sekianlah artikel Aksi Pemandu Myvi ‘Menggila’ Di Jalan Raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aksi Pemandu Myvi ‘Menggila’ Di Jalan Raya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/aksi-pemandu-myvi-menggila-di-jalan-raya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :