Anak Dedahkan iPhone X, Bapa Dipecat Apple

Anak Dedahkan iPhone X, Bapa Dipecat Apple - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak Dedahkan iPhone X, Bapa Dipecat Apple, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak Dedahkan iPhone X, Bapa Dipecat Apple
link : Anak Dedahkan iPhone X, Bapa Dipecat Apple

Baca juga


Anak Dedahkan iPhone X, Bapa Dipecat Apple


APPLE dilaporkan telah memecat salah seorang juruteranya selepas anak perempuan jurutera terbabit telah mendedahkan mengenai iPhone X sempena ulang tahun ke 10 iPhone, menerusi YouTube.

Ia susulan tersebarnya video berkenaan pada Rabu lalu yang menyaksikan Brooke Amelia Peterson memuatnaik gambar iPhone itu, yang didakwa diambilnya ketika melawat bapanya di ibu pejabat iPhone di California.

“Ayah ada iPhone X yang baru. Lihatlah bagaimana besarnya skrin,” kata Brooke sambil menunjukkan iPhone berkenaan dalam videonya hingga mencetuskan kontroversi.

Namun pada Sabtu, Brooke telah memaklumkan bahawa bapanya telah kehilangan kerja disebabkan video yang dimuatnaik olehnya dan dia turut merayu orang ramai supaya tidak menjadikan bapanya sebagai sasaran kecaman.

“Bencilah saya semahu kamu tapi tolong jangan benci bapa saya kerana dia orang yang baik.

“Saya tidak marah kepada Apple. Saya tidak akan berhenti membeli produk Apple. Peraturan ditetapkan untuk keselamatan dan kegembiraan pekerja dan bapa saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya,’’ kata Brooke yang tidak menyangka video berkenaan akan menjadi tular.

iPhone X itu akan dilancarkan pada 3 November ini. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Anak Dedahkan iPhone X, Bapa Dipecat Apple

Sekianlah artikel Anak Dedahkan iPhone X, Bapa Dipecat Apple kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak Dedahkan iPhone X, Bapa Dipecat Apple dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/anak-dedahkan-iphone-x-bapa-dipecat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :