link : Anina saman enam pemimpin PPBM Langkawi...
Anina saman enam pemimpin PPBM Langkawi...
Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin mendedahkan perangai buruk yang diamalkan di dalam pucuk pimpinan parti yang ditubuh atas rasa kecewa itu.
Anina mendedahkan fitnah, penindasan, cantas mencantas, percaturan dalaman berasaskan kronisma, menghukum tanpa dibicarakan dan salah guna kuasa kini menjadi budaya dalam PPBM.
"Jika anasir-anasir buruk ini sudah berakar di dalam parti, apalah harapannya jika mereka-mereka ini diberi kuasa yang lebih besar untuk menjaga negara," katanya dalam satu sidang medianya pada Jumaat.
Terdahulu, Anina mengumumkan pihaknya telah menfailkan saman terhadap enam individu bagi membersihkan namanya kerana menabur fitnah bahawa beliau telah menerima suapan RM7juta untuk menyertai UMNO.
Menurut Anina, empat daripada enam individu tersebut merupakan barisan kepimpinan PPBM Bahagian Langkawi yang dilantik oleh Ketua PPBM Bahagian Langkawi.
"Saya memfailkan tuntutan fitnah ini setelah berpuas hati bahawa semua proses dalaman parti telah dilakukan oleh pihak saya. Saya telah menghantar aduan ke Jawatankuasa Disiplin PPBM pada 2 Ogos 2017 tetapi tiada sebarang siasatan dan tindakan diambil.
"Terdahulu, saya juga telah membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Malangnya fitnah tersebut masih berlegar di media sosial dan masyarakat umum, malah masih berterusan sehingga di dalam sidang media Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 2 Oktober 2017, nama saya turut dipalitkan sekali," katanya.
Tambah Anina, pihaknya begitu kesal kerana tiada tindakan daripada pihak Jawatankuasa Disiplin dan pucuk pimpinan PPBM sendiri dan lebih malang, fitnah ini dimulakan dan diteruskan oleh barisan kepimpinan PPBM Bahagian Langkawi yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad.
"Saya kesal kerana sikap buruk, tidak cerdik dan jahat individu-individu ini bukan sahaja menjejaskan nama baik dan kredibiliti saya sebagai ahli politik muda, malah lebih dahsyat dari itu, ianya turut menjejaskan nama baik dan kewibawaan pemimpin besar dan Negarawan yang disegani dunia sebagai pemimpin politik yang sangat hebat iaitu Tun Mahathir selaku Ketua Bahagian PPBM Langkawi yang melantik sendiri barisan kepimpinan bahagian tersebut.
"Ianya langsung tidak mencerminkan ketelusan, keterbukaan dan keadilan parti dalam menguruskan sesuatu isu di dalam organisasi parti. Saya yang merupakan salah seorang penaja penubuhan PPBM yang difitnah dan dihina dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang pembelaan dan penyelesaian daripada pimpinan parti seolah-olah ianya direstui.
"Justeru saya mengambil tindakan melalui proses mahkamah terhadap pemula fitnah dan pemain-pemain bagi menyangkal fitnah mereka dan seterusnya membersihkan nama saya dari tuduhan yang berniat jahat dan jijik ini," tegasnya.
Sementara itu, Anina turut menyifatkan sidang media yang diadakan oleh Syed Saddiq pada awal bulan ini lebih kepada usaha untuk menutup kesalahan organisasi mereka sendiri kerana ia jelas tampak remeh dan hanya berniat untuk memanjangkan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
"Syed Saddiq dengan sedih dan sebak menyatakan beliau sudah mengetahui perancangan “Rangkaian Dedak Terancang” sejak Disember 2016 lagi. Malah katanya lagi, ini turut diketahui oleh pimpinan tertinggi PPBM.
"Peliknya jika mereka mengetahui semua perancangan ini, kenapa tidak bertindak lebih awal? Kenapa tidak didedahkan dan diambil tindakan? Saya difitnah mendapat RM7 juta bermula Jun 2017. Kenapa perancangan “Rangkaian Dedak Terancang” yang kononnya diketahui sejak Disember 2016 hanya didedahkan baru-baru ini?
"Kini saya terfikir, adakah keputusan memecat saya dari jawatan Ketua Srikandi pada Disember 2016 dan “pemecatan maha agong hebat melalui tendangan keluar dari Whatsapp Group MPT PPBM” yang saya sifatkan layak digelar Lagenda Politik Malaysia sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM itu juga adalah akibat dari “Rangkaian Dedak Terancang” yang melibatkan tangan-tangan ghaib dalam Organisasi PPBM sendiri?
Ujar Anina, Syed Saddiq mahu pun mana-mana pimpinan PPBM pasti masih belum membuat laporan kepada SPRM tentang dakwaan berkaitan usaha yang disebut sebagai “Rangkaian Dedak Terancang” sehingga hari ini.
"Kenapa ianya tidak laporkan? Buktinya ada bukan? Tidakkah menyembunyikan bukti jenayah juga suatu kesalahan? Adakah Syed Saddiq dan pimpinan PPBM lain hendak bersubahat menyembunyikan jenayah?," katanya.
Anina turut mendedahkan sepanjang tempoh keberadaannya di dalam PPBM sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi bersama Syed Saddiq, tidak pernah perkara ini dibangkitkan.
"Persoalan saya, kenapa? Kesimpulannya, saya sedar bahawa perancangan untuk memburukkan nama dan menjatuhkan pihak-pihak tertentu di dalam PPBM sememangnya sudah berakar di dalam PPBM yang baru berusia setahun jagung.

Demikianlah Artikel Anina saman enam pemimpin PPBM Langkawi...
Sekianlah artikel Anina saman enam pemimpin PPBM Langkawi... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anina saman enam pemimpin PPBM Langkawi... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/anina-saman-enam-pemimpin-ppbm-langkawi.html