link : Annuar Musa buka cerita...Kenapa saya sokong Najib
Annuar Musa buka cerita...Kenapa saya sokong Najib
Tan Sri Annuar Musa menjadi pemimpin sejak era Dr Mahathir dan telah menyokong serta mempertahankannya selama 23 tahun.Tetapi kenapa beliau kini menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri NajibTun Razak?
"Mudah saja. Dalam politik kita kena bezakan antara individu dengan kepentingan orang ramai dan soal individu dengan parti.
"Saya sokong Najib kerana dia mempertahankan parti dan tidak meninggalkanya berbanding Mahathir yang sanggup buat apa sahaja kerana agenda peribadi termasuk keluar parti," kata Annuar.
Annuar berkata demikian ketika menjawab soalan dalam program "Anda Tanya, Saya Jawab" bersama kumpulan mahasiswa di parlimen, Khamis.
Menurut Annuar sebab kedua ialah kerana Najib beristiqamah dengan perjuangan. Manakala sebab ketiga kerana dia sangat yakin dengan kebolehan Najib.
“Sebab itu saya wajar untuk menyokong Najib sampai hari ini,” kata Annuar, yang juga Ahli Parlimen Ketereh.
Menurut Annuar, beliau meminati Mahathir sejak belajar di universiti. Daripada menjadi pemimpin pelajar dia terus menceburi politik sehingga diberi peluang oleh Mahathir menjadi menteri dan seangkatan dengan Najib.
"Sebelum jadi orang Mahathir, saya adalah penyokong Tengku Razaleigh (Ku Li). Dialah orang yang mula memberi peluang kepada saya berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO.
"Tetapi apabila Ku Li kalah ketika melawan Mahathir dan keluar tinggalkan UMNO, saya tak boleh ikut. Bagi saya, seseorang jadi hebat kerana partinya, bukan kerana individu. Sebab itu apabila Ku Li keluar dari UMNO dia terkapai-kapai.
"Bila dia ambil keputusan keluar UMNO, syaa kena bertahan ikut parti dan menyokong Mahathir dan mempertahankan dia selama 20 tahun lebih.
"Dalam keadaan sekarang serupa juga. Pada zaman dia, Mahathir memang "a gift to the nation. Tetapi kalau lepas zaman dia pun dia nak jadikan diri dia masih relevan, itu problem," kata Annuar.
Menurut Annuar, di kalangan rakan seangkatannya dalam politik, dia perhatikan Najib adalah seorang pemimpin yang mempunyai kualiti yang cukup istimewa.
"Dia tak suka kacau orang. Dalam sejarah politik pun tak pernah kacau orang. Dia sangat penyabar. Pada 1982, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan untuk menjadi Ketua Pemuda, sedangkan jawatan itu sepatutnya dipegang Najib yang lebih pengalaman.
"Namun, Najib yang hanya memangku jawatan Naib Ketua terus bertindak positif, malah akur pada arahan Mahathir yang memberi restu kepada Anwar sebagai Ketua Pemuda semasa pemilihan pada 1982.
“Datuk Seri Najib ni dia tak suka kacau orang, dalam sejarah politik dia tak pernah lawan orang, dia akan ikut sahaja apa yang orang tetapkan.
“Waktu kita ahli UMNO dulu, Anwar menentang UMNO, saya keluar sahaja dari universiti masuk UMNO, Anwar sertai ABIM hentam kerajaan. Apabila dia masuk UMNO, Mahathir terus angkat dia jadi Ketua Pemuda.
“Tapi Datuk Seri Najib ikut walhal kalau Datuk Seri Najib berkeras, Anwar takkan jadi Ketua Pemuda, tapi dia bagi laluan,” kata Annuar.
Menurut Annuar lagi selama 10 tahun bekerjasama dalam kabinet, dia mendapati Najib seorang yang sangat bijak, berkelayakan tinggi dan seorang budiman. Najib juga pandai berkawan dan sangat sabar.
"Waktu Najib ambil alih pimpinan Kerajaan dari Pak Lah bukan mudah. Dia kena perbaiki legasi negatif Mahathir. Keadaan ekonomi pada waktu itu sukar sekali tapi Najib cukup sistematik. Dia buat research dulu sebelum menyusun balik transformasi ekonomi. And he has done a good job.
"Apa yang penting ialah rakyat. Bukan soal gaduh atau dendam peribadi. Kita tak boleh gadaikan negara ini walaupun sesaat. Saya tengok he comes at the right time for the people and he is very focussed."
“Saya adalah orang yang pertahankan Mahathir selama 23 tahun, apa sahaja dakwaan yang Dr Mahathir tak kena? Orang cakap ada patung hindu dalam rumah, guna duit kerajaan bela anak dan lain-lain.
“Sama juga dengan Najib. Orang kata dia penyamun, ada cincin berapa juta, bunuh Altantuya, kita dekat atas ni semua merasa segala fitnah.
“Tapi Datuk Seri Najib tak tinggalkan parti, Tun Mahathir tinggalkan parti kerana agenda peribadi," katanya.

Demikianlah Artikel Annuar Musa buka cerita...Kenapa saya sokong Najib
Sekianlah artikel Annuar Musa buka cerita...Kenapa saya sokong Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Annuar Musa buka cerita...Kenapa saya sokong Najib dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/annuar-musa-buka-ceritakenapa-saya.html