Ayda ok saja

Ayda ok saja - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ayda ok saja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ayda ok saja
link : Ayda ok saja

Baca juga


Ayda ok saja

PELAKON dan penyanyi, Ayda Jebat, 25, bersedia digandingkan semula dengan pelakon Zul Ariffin jika mendapat naskhah skrip yang sesuai termasuk ada kelapangan masa.

Ayda atau Nur Suhada Jebat akui ramai peminat mereka menanti-nantikan gandingan semula selepas dua tahun masing-masing membawa haluan karier sendiri.

“Kali terakhir, saya dan Zul berlakon bersama pada 2015 menerusi drama M.A.I.D.

Selepas itu, kami sibuk dengan jadual kerja masing-masing yang padat.

“Macam saya sendiri, selain berlakon saya juga aktif membuat perancangan untuk karier nyanyian. Apatah lagi, saya sangat sukakan muzik,” katanya.

Menurut Ayda, dia ada sasaran tersendiri yang mahu dicapai dalam karier seni diceburi sama ada sebagai penyanyi atau pelakon.

“Dalam soal bekerja, saya sangat profesional kerana sebagai pelakon memang jadi tanggungjawab saya untuk merealisasikan sesuatu watak yang dilakonkan.

“Apapun, untuk berganding semula dengan Zul rasanya saya akan lebih dulu pastikan naskhah skrip untuk kami sesuai.

“Ia pastilah ada bezanya dengan apa yang pernah kami lakonkan dalam drama terdahulu seperti Rindu Awak 200%. Saya juga kena lihat kelapangan masa sendiri.

“Jadual aktiviti seni saya terlalu sibuk dan saya percaya Zul pun begitu. Namun, saya ingin berterima kasih kepada semua peminat yang setia menyokong kami berdua hingga kini,” katanya.

Ayda turut menolak dakwaan hubungan dia dan Zul sebelum ini pernah keruh.

Katanya, perkara itu tidak pernah berlaku cuma mereka masing-masing terlalu sibuk.

Pada Ahad lalu, menerusi ruangan Cik Pang dalam Selebriti Metro Ahad melaporkan mengenai impian peminat Ayda dan Zul yang inginkan pasangan pelakon serasi dilayar ini digandingkan semula.

Mengenai hubungan percintaannya, Ayda berkata sekarang dia sangat sibuk dengan kerja dan tiada masa untuk bercinta.

Ujarnya, lagipun kalau bercinta dia bimbang akan hilang fokus pada kerier kerana perlu memikirkan banyak hati yang harus dijaga.

Kini, Ayda sibuk dengan aktiviti promosi filem sulung lakonannya, Pinjamkan Hati yang akan ditayangkan di pawagam mulai 30 November nanti.

The post Ayda ok saja appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ayda ok saja

Sekianlah artikel Ayda ok saja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ayda ok saja dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/ayda-ok-saja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :