Bekas Ketua Hakim Negara pertahan kedai dobi Islam

Bekas Ketua Hakim Negara pertahan kedai dobi Islam - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Ketua Hakim Negara pertahan kedai dobi Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas Ketua Hakim Negara pertahan kedai dobi Islam
link : Bekas Ketua Hakim Negara pertahan kedai dobi Islam

Baca juga


Bekas Ketua Hakim Negara pertahan kedai dobi Islam

ekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menegaskan bahawa tiada salah jika pengusaha laundret (dobi) meletakkan tanda “untuk orang Islam sahaja”.

Menurutnya, tidak ada peruntukan undang-undang di Malaysia yang mengatakan perbuatan itu salah di sisi undang-undang.

“Pengusaha laundret adalah seorang individu, bukan pihak berkuasa kerajaan. Peruntukan Perlembagaan mengenai kesamarataan (Perkara 8) tidak terpakai kepada seorang individu. Peruntukan itu hanya terpakai kepada kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Seorang peniaga tentu sekali mahu perniagaannya maju. Untuk itu dia perlu menarik seberapa ramai pelanggan ke kedainya. Jika, sebagai seorang pengusaha laundret, dia dapati perniagaannya lebih maju jika ia dibuka kepada orang Islam sahaja, terserahlah kepadanya untuk membuka kedainya kepada orang Islam sahaja,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid turut menjelaskan bahawa peruntukan Klausa (1) mengisytiharkan bahawa setiap orang adalah sama rata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

“Klausa (2) pula melarang adanya diskriminasi, antara lain, atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan dalam sesuatu pihakberkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkara yang tersebut dalan klausa itu.”

“Perhatikan bahawa semua larangan itu tidak berkenaan dengan seorang individu,” ujar beliau sambil menambah bahawa pengusaha laundret adalah seorang ahli perniagaan.

“Dia boleh memilih untuk berniaga dengan sesiapa yang dia mahu. Dia tidak perlu memberi apa-apa sebab kepada sesiapa,” tegas lagi.

Hamid turut mempersoalkan apa salahnya letakkan tanda itu jika kebanyakan bakal pelanggannya orang Islam dan mereka tidak akan datang ke kedainya jika mesin yang sama digunakan untuk mencuci basuhan orang bukan Islam biar apa pun sebabnya.

Kita tidak boleh menyalahkan pengusaha laundret jika pelanggan atau bakal pelanggannya tidak suka mesin yang sama digunakan oleh orang bukan Islam untuk mencuci basuhan mereka.

“Kita juga tidak boleh menyalahkan pelanggan atau bakal pelanggan pekedai itu jika mereka tidak mahu pergi ke kedai itu jika hal seperti itu berlaku. Mungkin mereka merasa jijik, kotor atau geli memikirkan seluar dalam yang dipakai oleh orang-orang yang tidak membasuh najis kencing, berak dan haidnya atau tuala yang mungkin digunakan untuk mengeringkan bulu anjing juga dimasukkan untuk dicuci dengan mesin yang saya walaupun secara berasingan.”

Ujarnya, ini bukan sahaja soal hukum. Ini juga soal perasaan seseorang pelanggan atau bakal pelanggan terhadap persepsinya mengenai perkara tersebut dan reaksinya.

“Pengusaha laundret adalah penerima akibatnya. Salahkah jika dia cuba mengurangkan kerugiannya dengan berusaha mengelak sebabnya? Mungkin dia sendiri pun merasa geli melihat perkara seperti itu berlaku. Salahkah jika di cuba mengelaknya?”

“Jangan terlalu sensitif terhadap perasaan orang bukan Islam sehingga orang bukan Islam tidak perlu sensitif terhadap perasaan orang Islam. Ini tanggungjawab bersama,” katanya.

Terdahulu, tindakan pengusaha sebuah kedai dobi di Muar, Johor, yang hanya menerima pelanggan beragama Islam sahaja  dikritik ramai termasuk Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membidas langkah tersebut.

Baginda turut menitahkan pemiliknya supaya meminta maaf serta mengalihkan papan tanda tersebut.


Demikianlah Artikel Bekas Ketua Hakim Negara pertahan kedai dobi Islam

Sekianlah artikel Bekas Ketua Hakim Negara pertahan kedai dobi Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas Ketua Hakim Negara pertahan kedai dobi Islam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/bekas-ketua-hakim-negara-pertahan-kedai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :