Bieber kembali berduet

Bieber kembali berduet - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bieber kembali berduet, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bieber kembali berduet
link : Bieber kembali berduet

Baca juga


Bieber kembali berduet

Selepas meledak dengan single Despacito pada musim panas lalu, Justin Bieber kembali dengan lagu duet.

Jika Despacito berduet bersama Luis Fonsi dan Daddy Yankee’s serta berjaya tersenarai dalam Hot 100 selama 14 minggu berturut-turut, kesinambungan menyanyi duet dilakukannya bersama DJ Khaled’s dengan I’m The One.

Namun, dua bulan lalu Bieber muncul dengan single solo, Friends dan bekerjasama semula bersama BloodPop sebagai penerbit.

Lagu yang dianggap terbaik buat Bieber itu turut mendapat kerjasama Julia Michaels dan Justin Tranter bertindak sebagai penulis. Lirik video lagu itu berjaya mencatat 48 juta tontonan selepas dimuatnaik di Vevo.

Peminat Bieber rata-rata menyifatkan single Friends itu dihasilkan ada kaitan dengan bekas kekasihnya, Selena Gomez.

Mengikut spekulasi yang timbul dalam kalangan peminat, kebanyakannya menganggap lirik single Friends itu merujuk pada Selena.

Malah ada juga peminat yang menulis komen di laman Instagram (IG) Bieber yang menyimpan harapan supaya hubungan pasangan remaja itu sentiasa dalam keadaan baik-baik saja.

Dalam satu laporan ditulis mendakwa lirik single Friends merujuk kepada cinta yang tidak berakhir dengan cara yang terbaik.

Bahkan harapan masih diletakkan untuk satu keajaiban berlaku dalam memupuk semula hubugan yang baik bersama keluarga gadis misteri itu.

Bieber dalam kenyataan ringkasnya berkata, biarpun hubungan cinta dijalin sudah berakhir tetapi tidak persahabatan.

“Saya hanya ingin terus menjadi kawan kepadanya untuk saya terus tahu mengenai dirinya terutama kejujuran.

“Apabila saya menyebut nama seseorang gadis, saya tahu anda semua (peminat) pasti tertanya-tanya mengenainya.

“Terutama apa motif tersembunyi saya terhadap gadis itu dan adakah hubungan kami tidak diakhiri dengan baik,” katanya.

Menurut Bieber, apa yang pasti dia tahu perkara berlaku semestinya mempunyai sesuatu yang begitu baik.

Bagaimanapun, dalam satu laporan TMZ baru- baru ini menulis Bieber dan Selena dikatakan sudah berbaik dan keluar bersama.

Turut dilaporkan juga kemunculan Bieber pada majlis yang berlangsung di kediaman Selena di Studio City, Los Angeles.

Laporan TMZ itu diperkukuhkan lagi dengan beberapa keping foto iaitu kereta Bieber dilihat keluar meninggalkan kediaman Selena.

Foto Selena mengikut Bieber keluar secara tidak langsung membuatkan peminat berasa ada sesuatu berlaku pada pasangan remaja itu.

Barangkali hubungan cinta Bieber yang dilaporkan putus dengan Selena pada penghujung 2014 nampaknya sudah bertaut semula.

Dalam erti kata lain, ternyata perasaan cinta pasangan penghibur remaja popular itu sukar terhakis meskipun pernah membawa haluan masing-masing sebelum ini.

Bagaimanapun, ada juga peminat beranggapan Bieber dan Selena tidak bercinta semula tetapi menjalin persahabatan adalah detik yang baik buat mereka.

The post Bieber kembali berduet appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bieber kembali berduet

Sekianlah artikel Bieber kembali berduet kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bieber kembali berduet dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/bieber-kembali-berduet.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :