Bila Syed Saddiq Mahu Buat Aduan Kepada SPRM?

Bila Syed Saddiq Mahu Buat Aduan Kepada SPRM? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bila Syed Saddiq Mahu Buat Aduan Kepada SPRM?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bila Syed Saddiq Mahu Buat Aduan Kepada SPRM?
link : Bila Syed Saddiq Mahu Buat Aduan Kepada SPRM?

Baca juga


Bila Syed Saddiq Mahu Buat Aduan Kepada SPRM?

Minggu ini sudah masuk minggu kedua sejak kali terakhir Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan, ada pihak cuba merasuah dirinya sebanyak RM 5 juta untuk memastikan dia meninggalkan PPBM. Dalam sidang akhbarnya, Syed Saddiq hanya menamakan iindividu berkenaan sebagai “H” sahaja dan masih mengekalkan gelaran berkenaan sehingga hari ini.

Menariknya, setelah hebat diasak oleh pelbagai pihak untuk mendedahkan siapakah yang dimaksudkannya sebagai “H” berkenaan, dia akhirnya membuat laporan polis, itupun laporan mengenai ugutan yang dia dan keluarganya terima dari individu yang tidak dikenali. Dia langsung tidak membuat laporan polis berhubung cubaan sogokan yang diterimanya semasa dia mendedahkan dalam sidang akhbar sebelum itu.

Terbaru, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), meminta Syed Saddiq untuk mengemukakan bukti yang dia ada kepada pihak SPRM supaya siasatan dapat dijalankan. Agak mengejutkan apabila Syed Saddiq seperti enggan melayan permintaan SPRM berkenaan dan memilih untuk mendiamkan diri sahaja. Timbul persoalan, sampai bila Syed Saddiq mahu merahsiakan identiti “H” berkenaan?

Jika dilihat dari gerak gerinya sebaik sahaja sidang akhbar pengumuman keengganannya menyambung pengajian ke Universiti Oxford dan tawaran RM 5 juta yang diterimanya, ianya kelihatan seperti dia mengada-adakan cerita yang tidak wujud. Malah, dia sendiri dilihat tidak berani untuk mengemukakan bukti yang kononnya dia ada kepada pihak berkuasa.

Secara amnya, sekiranya kita menerima ugutan atau tawaran luar biasa seperti itu, sebagai seorang manusia yang bersandarkan kepada undang-undang, kita akan tampil ke balai polis dan mengadukan tawaran berkenaan kepada SPRM untuk tindakan lebih lanjut, terutamanya apabila dia seolah-olah menunding jari kepada UMNO berhubung apa yang telah di terimanya.

Namun, lain pula dengan Syed Saddiq. Sepatutnya, sebagai seorang ketua kepada sebuah angkatan muda sesebuah parti politik, dia seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada orang bawahannya. Malah, dia juga seharusnya menunjukkan sikap yang berani tampil mengemukakan bukti yang dia ada kepada pihak berkuasa.

Namun Syed Saddiq memilih untuk bersandiwara di media-media cetak hanya untuk meraih populariti murahan. Mungkin Syed Saddiq fikir, dia adalah idola ataupun artis yang perlu diberikan publisiti atau gosip untuk mengekalkan namanya dalam arus politik semasa.

Hakikatnya, keengganan Syed Saddiq mengemukakan bukti yang kononnya disimpan olehnya termasuk mendedahkan nama “H” yang sebenar, nampaknya telah menjerat dirinya sendiri. Satu-satunya jalan untuk Syed Saddiq memulihkan reputasinya adalah, tampil ke pejabat SPRM bersama-sama bukti yang dia ada supaya tindakan sepatutnya dapat diambil keatas individu yang bernama “H” berkenaan. Persoalannya, beranikah Syed Saddiq?


Demikianlah Artikel Bila Syed Saddiq Mahu Buat Aduan Kepada SPRM?

Sekianlah artikel Bila Syed Saddiq Mahu Buat Aduan Kepada SPRM? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bila Syed Saddiq Mahu Buat Aduan Kepada SPRM? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/bila-syed-saddiq-mahu-buat-aduan-kepada.html

Subscribe to receive free email updates: