DYANA TERPEDAYA TIPU HELAH KIT SIANG, GAGAL LIHAT SALAHGUNA KUASA DALAM DAP

DYANA TERPEDAYA TIPU HELAH KIT SIANG, GAGAL LIHAT SALAHGUNA KUASA DALAM DAP - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DYANA TERPEDAYA TIPU HELAH KIT SIANG, GAGAL LIHAT SALAHGUNA KUASA DALAM DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DYANA TERPEDAYA TIPU HELAH KIT SIANG, GAGAL LIHAT SALAHGUNA KUASA DALAM DAP
link : DYANA TERPEDAYA TIPU HELAH KIT SIANG, GAGAL LIHAT SALAHGUNA KUASA DALAM DAP

Baca juga


DYANA TERPEDAYA TIPU HELAH KIT SIANG, GAGAL LIHAT SALAHGUNA KUASA DALAM DAP

Anggota Eksekutif Dap Perak, Dyana Sofea Mohd Daud dianggap terpedaya dengan tipu helah parti berkenaan serta Lim Kit Siang setelah gagal melihat dan meneliti secara mendalam apa yang sebenarnya berlaku di dalam parti terbabit termasuklah dakwaan penyalahgunaan kuasa yang masih belum nampak jalan penyelesaian.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Tapah, Syed Afzarizal Syed Salim berkata mereka tetap akan membuat tohmahan ke atas pemimpin UMNO jika berlaku apa sahaja, namun bersikap sebaliknya dengan pertahankan jika pemimpin mereka yang salah dan secara terang diheret ke mahkamah bagi meneruskan prosiding tanpa bercuti dari tugas.

“Jelaslah Dyana Sofea merupakan seorang Melayu yang telah terpedaya dengan tipu helah dan telah berjaya disuntik virus Dap oleh Lim Kit Siang. Dyana cepat melatah dengan sedikit sindiran dan menunjukan sikap sebenar anak didik Lim Kit Siang dalam Dap,” katanya.

Sebelum ini, Dyana dilaporkan menempelak kenyataan Annuar yang mendakwa Dap mempergunakan wanita muda Melayu seperti dirinya semata-mata untuk publisiti sedangkan mereka tidak mempunyai kelayakan.

Sambil melabelkan Annuar sebagai ‘chief pencacai’ kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, katanya, wanita muda dalam Dap sebenarnya cukup bijak untuk tidak menyokong mahupun membela kleptokrat, ketua penyamun dan ketua perompak 1MDB mahupun MARA.

“Tuduhan ke atas Tan Sri Annuar Musa oleh Dyana Sofea amat tidak berasas dan menyimpang dari fakta yang sebenar. Apakah yang telah dirompak dari MARA seperti yangg didakwa Dyana Sofea?

“Apakah kerana pasukan bola Kelantan telah berjaya mendapat tajaan dari pelbagai syarikat ternama di dalam dan luar negara, maka Tan Sri Annuar sebagai orang Kelantan dilabel sebagai perompak.

“Inilah masalah bila tiada kefahaman di dalam melemparkan fitnah. MARA tidak ada menaja TRW sebagai mana yang didakwa oleh Dyana. Penajaan pasukan TRW dibuat oleh anak syarikat MARA menggunakan peruntukan marketing dan pengiklanan tanpa menggunakan bajet pendidikan seperti yang didakwa.

“Malah TRW merupakan satu pasukan bola sepak yang menjual ruang pada jersi sebagai ruang iklan untuk dipamerkan setiap kali perlawanan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Syed seterusnya menambah penajaan Bola Sepak Pasukan TRW Kelantan dibuat secara pakej komersil oleh anak-anak syarikat MARA tanpa penglibatan bekas Pengerusi MARA dan anak-anak syarikat MARA membayar dengan nilai sekali lebih murah berbanding harga pakej semasa. – MediaUMNO


Demikianlah Artikel DYANA TERPEDAYA TIPU HELAH KIT SIANG, GAGAL LIHAT SALAHGUNA KUASA DALAM DAP

Sekianlah artikel DYANA TERPEDAYA TIPU HELAH KIT SIANG, GAGAL LIHAT SALAHGUNA KUASA DALAM DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DYANA TERPEDAYA TIPU HELAH KIT SIANG, GAGAL LIHAT SALAHGUNA KUASA DALAM DAP dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/dyana-terpedaya-tipu-helah-kit-siang.html

Subscribe to receive free email updates: