Fazura serius kembang kerjaya

Fazura serius kembang kerjaya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fazura serius kembang kerjaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fazura serius kembang kerjaya
link : Fazura serius kembang kerjaya

Baca juga


Fazura serius kembang kerjaya

NUR Fazura mengakui perjalanan kerjaya seninya di Indonesia kian sukses berkat usaha dan sokongan peminatnya.

Jelas Fazura kepada Media Hiburan, perkembangan positif yang dilalui kini nyata membuka ruang lebih besar buat pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin untuk mengatur langkah lebih jitu di dalam kerjaya seni.

“Insya-ALLAH mengikut perancangan, filem Ayat-Ayat Cinta 2 akan ditayangkan di negara ini Disember depan,” kata Fazura yang juga peminat filem ini dan sudah banyak kali menontonnya lebih 10 tahun lepas.

“Berlakon dalam filem ini ibarat mimpi menjadi nyata. Inilah yang dinamakan rezeki, Alhamdulillah,” akui Fazura yang sebelum ini cukup sinonim menerusi drama, Hero Seorang Cinderella.

Menyifatkan perkara yang dilakukan kini adalah suatu misi serius, Fazura yang bakal muncul menerusi drama Wanita Terindah ini juga berterima kasih kepada produksi luar yang telah banyak memberi peluang.

“Sudah tentunya juga, bila terlibat di dalam lakonan di sana, saya juga ada bertemu dengan penggiat seni Indonesia. Seronok bila dapat berjumpa dengan keluarga baru,” kongsi Fazura ketika ditemui sejurus sesi ramah mesra bersama peminat dan pengguna produk penjagaan wajah, Nutox di pusat membeli-belah, One Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Fazura, wajah untuk produk kecantikan Nutox juga mengakui bertuah kerana berpeluang bertemu peminat dan pengguna.

“Bangga dan gembira sebab dapat bersua dan isi masa bersama mereka.

“Sudah tentu, saya bersama jenama ini lebih lapan tahun dan Nutox merupakan produk terbaik dan cukup dekat dengan diri saya. Gembira bila  ramai peminat yang bersama-sama memeriahkan sesi ramah mesra ini,” akhiri Fazura yang teruja kerana album sulungnya bakal dilancarkan.

The post Fazura serius kembang kerjaya appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Fazura serius kembang kerjaya

Sekianlah artikel Fazura serius kembang kerjaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fazura serius kembang kerjaya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/fazura-serius-kembang-kerjaya_13.html

Subscribe to receive free email updates: