Hafiz Hamidun Gembira Macam Tiada Apa-Apa

Hafiz Hamidun Gembira Macam Tiada Apa-Apa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hafiz Hamidun Gembira Macam Tiada Apa-Apa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hafiz Hamidun Gembira Macam Tiada Apa-Apa
link : Hafiz Hamidun Gembira Macam Tiada Apa-Apa

Baca juga


Hafiz Hamidun Gembira Macam Tiada Apa-Apa

PENYANYI Hafiz Hamidun dan keluaganya sedikit pun tidak terkesan dengan segala tohmahan dan cerita kurang enak mengenai dirinya yang hangat diperkatakan termasuklah pendedahan dibuat Joy Revfa.

Hafiz, 33, berkata, jiwanya ketika ini sentiasa tenang, gembira dan mampu meneruskan hidup seperti biasa bersama ahli keluarganya.

“Saya dan keluarga gembira seperti tiada apa-apa. Tiada sebab untuk saya terkesan atau terhina dengan perkara itu.

“Ahli keluarga pun menyokong saya seratus peratus, kami sabar dan teruskan hidup seperti biasa sahaja,” ujarnya.

Hafiz diminta mengulas mengenai sidang media dibuat isterinya, Joy Revfa atau Siti Arifah Mohd Amin, 30, pada Khamis yang antara lain mendedahkan dia suami yang tidak bertanggugjawab termasuklah gagal memberi nafkah batin.Dalam sidang media itu Joy mahu menjelaskan perkahwinannya dengan Hafiz yang diragui selama ini adalah sah.

Ia selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa lalu mengesahkan perceraiannya dengan suami pada perkahwinan pertamanya iaitu Mohd Rayos Abdul Rahim telah jatuh talak satu yang berlaku dua tahun lalu.

Dalam pada itu Hafiz berkata, dia dan ahli keluarganya tidak mengambil pusing mengenai apa yang dilakukan oleh Joy itu.

Malah dia memberi amaran kepada Joy dan sesiapa saja agar tidak terus mengaitkan namanya lagi pada masa hadapan.

“Sekarang saya sudah ada peguam, saya tak boleh buat apa-apa kenyataan kepada orang ramai.”Tapi saya nak bagi amaran, kalau ada sebarang kenyataan, kiasan atau apa sahaja fitnah melibatkan saya, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” ujarnya.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Hasil perkahwinan Joy dengan suami pertamanya, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Arryan Firdaus kini berusia tiga tahun.

The post Hafiz Hamidun Gembira Macam Tiada Apa-Apa appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Hafiz Hamidun Gembira Macam Tiada Apa-Apa

Sekianlah artikel Hafiz Hamidun Gembira Macam Tiada Apa-Apa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hafiz Hamidun Gembira Macam Tiada Apa-Apa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/hafiz-hamidun-gembira-macam-tiada-apa.html

Subscribe to receive free email updates: