Hamidah nak saman Syed Saddiq...

Hamidah nak saman Syed Saddiq... - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hamidah nak saman Syed Saddiq..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hamidah nak saman Syed Saddiq...
link : Hamidah nak saman Syed Saddiq...

Baca juga


Hamidah nak saman Syed Saddiq...

Senarai panjang orang nak saman sedang menunggu ketua armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Antara yang sudah awal-awal lagi mengatakan komitmen untuk saman Syed Saddiq adalah bekas naib presiden PPBm sendiri Datuk Hamidah Osman,

"Saya tidak menerima duit atau mahu masuk UMNO semula", demikian penegasan yang dibuat Hamidah menjawab dakwaan Syed Saddiq.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai liar, beliau turut akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Syed Saddiq.

“Saya tidak pernah dapat tawaran untuk meninggalkan parti dan saya tidak sertai UMNO semula,” katanya.

Syed Saddiq dalam sidang medianya semalam mendakwa bahawa wujudnya rangkaian dedak yang sistematik sedang digunakan untuk mempengaruhi pemimpin kanan keluar meninggalkan parti. 

Beliau juga mendedahkan bahawa tiga pengasas PPBM yang telah keluar parti sebelum ini iaitu Kamarulazman Habibur Rahman, Anina Saaduddin dan Datuk Hamidah Osman adalah individu yang didakwa turut menerima habuan berkenaan.     

Bekas ketua penerangan Wanita UMNO itu, yang meninggalkan Umno pada 2015 dan bersama menubuhkan PPBM pada September tahun lepas.

Hamidah meninggalkan PPBM pada 16 September lalu.

Umum mengetahui Syed Saddiq tidak mempunyai hubungan baik dengan Hamidah.

Hamidah sebelum ini pernah menyifatkan tingkah laku Syed Saddiq antara sebab beliau meninggalkan parti itu.

Pada Mei, Syed Saddiq menyeru Hamidah “berambus” selepas menuduh beliau mendalangi peletakan jawatan lebih 1,000 ahli PPBM Perak.

Beliau juga menggelar Hamidah seorang hipokrit sambil mendakwa Hamidah kecewa dengan keputusan Muhyiddin tidak menamakan beliau ketua PPBM Perak.


Demikianlah Artikel Hamidah nak saman Syed Saddiq...

Sekianlah artikel Hamidah nak saman Syed Saddiq... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hamidah nak saman Syed Saddiq... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/hamidah-nak-saman-syed-saddiq.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :