HANYA 4,000 HADIR BERI SOKONGAN, TANDA DEMO KLEPTOKRASI GAGAL

HANYA 4,000 HADIR BERI SOKONGAN, TANDA DEMO KLEPTOKRASI GAGAL - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HANYA 4,000 HADIR BERI SOKONGAN, TANDA DEMO KLEPTOKRASI GAGAL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : HANYA 4,000 HADIR BERI SOKONGAN, TANDA DEMO KLEPTOKRASI GAGAL
link : HANYA 4,000 HADIR BERI SOKONGAN, TANDA DEMO KLEPTOKRASI GAGAL

Baca juga


HANYA 4,000 HADIR BERI SOKONGAN, TANDA DEMO KLEPTOKRASI GAGAL

 HAMBAR… Jumlah kehadiran peserta himpunan haram pembangkang di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor jauh kurang daripada sasaran awal penganjur yang menetapkan 100,000 hadirin.

Setakat pukul 8 malam Sabtu, jumlah mereka dianggarkan kurang daripada 4,000 orang, kebanyakannya ialah penyokong Pakatan Harapan, selain orang awam yang kebetulan lalu di situ untuk sekadar melihat apa berlaku.

Suasana himpunan tanpa permit polis bertema Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi anjuran Pakatan Harapan itu ternyata seumpama funfair atau pesta sukaria meskipun gah dihadiri ramai pemimpin utama pembangkang.

Ini termasuk Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan pemimpin ‘otai’ DAP, Lim Kit Siang di pentas utama.

Sebahagian hadirin dilihat mengambil kesempatan membeli snek daripada puluhan trak makanan serta pakaian dan buku politik antikerajaan di khemah peniaga yang dibuka penganjur hingga menyebabkan kesesakan trafik.

Kawasan persekitaran padang juga diawasi oleh penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), selain membuat kawalan terhadap pergerakan orang ramai di setiap laluan masuk ke padang awam rekreasi tersebut.

MBPJ juga terpaksa menutup laluan dari arah Stesen LRT Taman Jaya, menuju ke arah padang itu manakala laluan bertentangan di hadapan pusat beli-belah Amcorp Mall masih dibuka seperti biasa kepada urusan orang ramai.

Selain itu, pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan Kontinjen Selangor, turut mengawasi keselamatan di kawasan sama. Himpunan bermula sekitar jam 2 petang dan berakhir lewat malam. – Agensi



Demikianlah Artikel HANYA 4,000 HADIR BERI SOKONGAN, TANDA DEMO KLEPTOKRASI GAGAL

Sekianlah artikel HANYA 4,000 HADIR BERI SOKONGAN, TANDA DEMO KLEPTOKRASI GAGAL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel HANYA 4,000 HADIR BERI SOKONGAN, TANDA DEMO KLEPTOKRASI GAGAL dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/hanya-4000-hadir-beri-sokongan-tanda.html

Subscribe to receive free email updates: