Hazama Keluar Dari Zon Selesa

Hazama Keluar Dari Zon Selesa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hazama Keluar Dari Zon Selesa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hazama Keluar Dari Zon Selesa
link : Hazama Keluar Dari Zon Selesa

Baca juga


Hazama Keluar Dari Zon Selesa

Selepas kejayaan lagu Aku Yang Sebenar, menyusul single terbaru daripada Hazama berjudul Aku Bukan Dewa.

Ia sebuah lagu yang mengangkat genre muzik progresif pop rock yang mana Hazama sendiri bersama Taja bertindak sebagai komposer manakala Ad Samad selaku penulis lirik. Tambah istimewa Hazama turut bekerjasama dengan penyanyi rap tersohor tanah air, Altimet dalam menjayakan single ini.

Mengulas mengenai edisi terbaharu beliau ini, Hazama menjelaskan, dia teruja kerana sekali lagi berpeluang untuk bekerjasama dengan nama-nama hebat di sebalik tabir penghasilan Aku Bukan Dewa ini.

“Aku Bukan Dewa ini saya anggap sangat dekat dengan diri saya kerana ia menceritakan tentang semangat juang saya dalam industri muzik ini.

“Dari hari pertama saya bertapak dalam industri, pelbagai ranjau dan onak duri terpaksa saya tempuhi sebelum saya berada di sini pada hari ini. Lagu ini sangat istimewa kerana muzik yang dipersembahkan seolah-olah memberi gambaran akan penceritaan dan ‘mood’ atau suasana yang ingin disampaikan.

Tambah menarik, pendekatan genre muzik yang saya ambil pada kali ini iaitu progresif pop rock, berlainan dari konsep pop balada yang saya bawa selama ini.

“Saya ingin lari dari ruangan selesa saya dan menampilkan kelainan dengan tampil menyampaikan lagu rancak. Ini sebenarnya adalah jiwa saya dan pada kali ini, saya akan membawa peminat menyelami aliran sebenar muzik, dalam dunia saya,” katanya.

Berkongsi mengenai cabaran yang perlu dilalui untuk menyiapkan single ini, Hazama berkata, dia tidak mengalami sebarang kesulitan dari aspek vokal kerana dia begitu menyukai dan sangat teruja dengan lagu ini.

Bagaimanapun dia merasakan, cabaran itu mungkin hadir di saat ingin memenangi hati peminat terutamanya mereka yang selama ini terbiasa dengan lagu-lagu saya yang berentak pop balada.

“‘Aku Bukan Dewa adalah sebuah lagu yang berentak rancak, tetapi sebagai seorang penyanyi dan juga komposer lagu ini, saya perlu tampil versatil dan terus berkarya dalam industri untuk kekal relevan.

“Saya ingin terus menghiburkan peminat yang sentiasa setia berada di belakang saya. Saya berharap, peminat saya mampu menerima kelainan ini dengan hati terbuka dan semoga terhibur dengan lagu ini,” tuturnya.

Buah tangan terbaharu daripada Hazama ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan telah diperdengarkan di corong-corong stesen radio tempatan sejak 2 Oktober lalu.

Selain ia boleh didengari di landasan penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Muzik video lagu ini pula dijangka bakal menemui peminat dalam jangka masa terdekat ini di saluran Youtube Rocketfuel Network.

The post Hazama Keluar Dari Zon Selesa appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Hazama Keluar Dari Zon Selesa

Sekianlah artikel Hazama Keluar Dari Zon Selesa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hazama Keluar Dari Zon Selesa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/hazama-keluar-dari-zon-selesa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :