link : ISU JITN: PEMBELA BUAT LAPORAN TERHADAP KP SPRM..APA HAL PLAK NI
ISU JITN: PEMBELA BUAT LAPORAN TERHADAP KP SPRM..APA HAL PLAK NI
Pertubuhan Belia Generasi Mahkota (Pembela) menempelak kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dalam satu video yang menyatakan penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) adalah satu pembaziran.
Pengerusinya, Alzuhadi Amran berkata, tindakan beliau (Dzulkifli) ini adalah salah kerana beliau sebagai penjawat awam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“Beliau (Dzulkifli) menggunakan saluran yang betul untuk menidakkan tindakan kerajaan dan tidak sepatutnya menuding jari bahawa pihak kerajaan telah melakukan perkara yang salah.
“Kenyataan itu boleh mengelirukan rakyat kerana penubuhan JITN ini telah diputuskan oleh Kabinet,” katanya.
Alzuhadi berkata demikian dalam laporan polis yang dibuatnya di Balai Selayang, semalam.
Beliau berkata, beliau (Dzulkifli) seharusnya menggunakan saluran yang betul sekiranya menidakkan penubuhan JITN tanpa memberikan sebarang kenyataan.
Katanya, diharap dengan laporan polis yang dibuat ini, polis dapat menjalankan siasatan sama ada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM ini dihasut oleh mana-mana individu atau tidak.
Terdahulu, video kenyataan Dzulkifli yang berdurasi empat minit 35 saat itu tular di media sosial Facebook dan Youtube.
– Sinar Harian

Demikianlah Artikel ISU JITN: PEMBELA BUAT LAPORAN TERHADAP KP SPRM..APA HAL PLAK NI
Sekianlah artikel ISU JITN: PEMBELA BUAT LAPORAN TERHADAP KP SPRM..APA HAL PLAK NI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ISU JITN: PEMBELA BUAT LAPORAN TERHADAP KP SPRM..APA HAL PLAK NI dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/isu-jitn-pembela-buat-laporan-terhadap.html