link : Jakim mohon perkenan untuk mengadap
Jakim mohon perkenan untuk mengadap
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mohon perkenan untuk mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung isu Pegawai Kader Jakim, Dr Zamihan Mat Zin.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata, beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan segera untuk berbuat demikian.
Beliau berkata, pihaknya amat menyanjung tinggi atas titah Sultan Johor berkaitan dengan Jakim pada hari ini.
“Justeru, saya selaku Ketua Pengarah Jakim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan segera memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan Johor berkaitan isu Ustaz Zamihan Mat Zain pegawai kader Jakim di Penjara Kajang yang menyampaikan ceramah menyentuh tentang dobi mesra Muslim seperti yang ditularkan di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Sultan Johor bertitah supaya Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) tidak lagi berurusan dengan Jakim selepas ini.
Baginda juga bertitah, Jakim turut tidak perlu memberikan pandangan kepada negeri Johor, yang mana semua orang tahu urusan berkaitan dengan agama adalah di bawah kuasa negeri seperti yang termaktub dalam perjanjian Persekutuan.
Sultan Ibrahim berkata demikian susulan Zamihan mengkritik baginda mengenai isu dobi mesra muslim di Muar, yang tular di media sosial baru-baru ini.
The post Jakim mohon perkenan untuk mengadap appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Jakim mohon perkenan untuk mengadap
Anda sekarang membaca artikel Jakim mohon perkenan untuk mengadap dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/jakim-mohon-perkenan-untuk-mengadap.html