Jamal sepina Tun Mahathir, Fuzi dan Khalid

Jamal sepina Tun Mahathir, Fuzi dan Khalid - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jamal sepina Tun Mahathir, Fuzi dan Khalid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jamal sepina Tun Mahathir, Fuzi dan Khalid
link : Jamal sepina Tun Mahathir, Fuzi dan Khalid

Baca juga


Jamal sepina Tun Mahathir, Fuzi dan Khalid

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan salah seorang individu yang disepina Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang dikemukakan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah terhadapnya.

Peguam Nasir Yusof yang mewakili Jamal memaklumkan, sepina itu diserahkan minggu lepas, bersama tiga lagi individu sebagai saksi pembelaan perbicaraan yang dijadualkan berlangsung awal tahun depan.

“Kami bagi pihak peguam defendan telah bersedia untuk perbicaraan dan sepina telah diserahkan kepada pihak-pihak berkenaan minggu lepas,” katanya.

Selain Tun Mahathir, turut disepina adalah Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Mohd Fuzi Harun, dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Nasir berkata, Tun Mahathir akan dikemukakan sebagai saksi utama kerana beliau adalah menteri dalam negeri ketika suami Maria, Allahyarham Yunus Ali, dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) sekitar tahun 1980-an.

Sementara itu,  Fuzi dipanggil kerana ketika Maria ditahan selama 11 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012, beliau merupakan Ketua Cawangan Khas manakala Khalid, pula merupakan Ketua Polis Negara.

Jelasnya, kenyataan yang bakal diberikan  itu pasti akan memberikan bukti yang membawa kepada penahanan Maria.

Maria memfailkan saman itu berikutan dakwaan pemimpin Gerakan Baju Merah itu bahawa BERSIH diresapi pengganas IS. Jamal dikatakan membuat tuduhan itu pada 28 September dan 4 Oktober tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menangguhkan prosiding perbicaraan yang sepatutnya bermula hari ini kepada 15 hingga 19 Januari depan.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Habibah Harun bagi pihak Fuzi memaklumkan, pihaknya mengemukakan permohonan bagi mengetepikan sepina ke atas Fuzi.

Mohd Zaki menetapkan 10 November depan untuk mendengar permohonan tersebut.

Pada 7 Oktober tahun lepas, Maria, 60, selaku plaintif menyaman Jamal dengan mendakwa  pada 28 September 2016, Jamal telah mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu sidang media di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan telah diterbitkan serta disiarkan di beberapa portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.

Maria juga mendakwa, pada 4 Oktober tahun lepas, Jamal sekali lagi mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan telah diterbitkan pada 5 Oktober di portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.

The post Jamal sepina Tun Mahathir, Fuzi dan Khalid appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Jamal sepina Tun Mahathir, Fuzi dan Khalid

Sekianlah artikel Jamal sepina Tun Mahathir, Fuzi dan Khalid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jamal sepina Tun Mahathir, Fuzi dan Khalid dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/jamal-sepina-tun-mahathir-fuzi-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :