link : Kenapa muka sang hero Tombiruo di sebalik topeng?
Kenapa muka sang hero Tombiruo di sebalik topeng?
SUDAH menjadi trend kini apabila sesuatu naskhah diangkat menjadi drama atau pun filem, namun persoalannya, mampukah ia menjadi setanding novel tersebut?
Semalam, penulis berkesempatan menonton preview filem yang dinanti ramai, hasil karya Ramlee Awang Murshid (RAM) yang diangkat menjadi filem iaitu Tombiruo: Penunggu Rimba.
Sebagaimana gahnya nama penulis novel tersebut, begitu juga ‘trailer’ filem ini, memang penuh aksi dan berbeza daripada yang pernah kita lihat dalam filem Malaysia apatah lagi ia menggunakan khidmat pengarah antarabangsa bagi menambahkan impak Tombiruo.
Sejujurnya, seawal babak pertama lagi, penonton disajikan dengan aksi yang terbaik dan berbeza daripada filem aksi lain menarik minat penulis untuk terus melekatkan mata ke skrin.
Tidak dinafikan, teknik sinematografinya juga sangat menarik serta jalan cerita yang disusun cantik dan menimbulkan banyak persoalan membuatkan penonton tertanya-tanya dan kekal di tempat duduk hingga ke penghujung cerita.
Kenapa pakai topeng?
Namun begitu, menjadi persoalan pada penulis, mengapa sang hero (watak utama) harus bertopeng?
Di awal filem, dinyatakan bahawa Tombiruo tidak mempunyai wajah manusia serta turut ditunjukkan bahawa penduduk kampung tidak dapat menerima perbezaan anak malang itu menyebabkan dia tersisih dan selesa tinggal di dalam hutan.
Ada masa, rasa timbul rasa kasihan pada Tombiruo kerana orang sering salah sangka kepadanya sedangkan dia berniat baik.
Umum mengetahui bahawa wajah disebalik topeng tersebut adalah milik Zul Ariffin, hero pujaan malaya, tentu sekali para peminat beliau berasa hampa apabila tidak dapat melihat muka jejaka idaman dalam filem ini.
Bagaimanapun, rasa hampa itu bakal terubat apabila melihatkan aksi mantap Tombiruo dalam menjaga keamanan Hutan Keningau daripada penjahat.
Mesej-mesej penting
Apa yang penulis suka mengenai filem ini adalah mesej kekeluargaan yang disampaikan iaitu kisah anak dan ibu -bapa dan juga adik-beradik.
Ejim (Tombiruo) dibesarkan oleh seorang bapa angkatnya yang menjaganya sejak dari bayi lagi dan dalam satu babak, penulis dapat menghayati dan merasai kasih-sayang mereka walaupun tiada sebarang pertalian.
Selain itu, kasih-sayang Amirudin kepada Ejim saat mengetahui bahawa mereka berdua adalah adik-beradik menunjukkan pertalian darah tidak senang-senang untuk diputuskan.
Terdapat juga mesej-mesej lain yang diselitkan seperti bahana dendam, iri hati dan tamak haloba hingga sanggup berbunuhan bakal membinasakan diri.
Tahniah!
Walau apapun, penulis berasa kagum dengan kehebatan hasil karya negara yang mampu menghasilkan filem aksi yang hebat serta lain dari yang lain ini.
Para pelakonnya juga terdiri daripada calang-calang nama seperti Zul Ariffin, Nabila Huda, Farid Kamil, Faizal Hussein, Datuk M.Nasir dan banyak lagi dan kesemua watak tersebut dibawakan dengan begitu baik.
Selain itu,kerjasama dua pengarah iaitu Nasir Jani dan Seth Larney serta gabungan empat syarikat iaitu Grup Buku Karangkraf, Astro Shaw, Ideate Media dan Layar Sunar berjaya membuatkan filem ini berada dalam kategorinya yang tersendiri.
Kepada peminat yang ingin menonton filem ini, ia sudah ditayangkan di pawagam seluruh negara hari ini.
The post Kenapa muka sang hero Tombiruo di sebalik topeng? appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Kenapa muka sang hero Tombiruo di sebalik topeng?
Anda sekarang membaca artikel Kenapa muka sang hero Tombiruo di sebalik topeng? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/kenapa-muka-sang-hero-tombiruo-di.html