'Kerjasama Umno-PAS satukan rakyat Malaysia'

'Kerjasama Umno-PAS satukan rakyat Malaysia' - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Kerjasama Umno-PAS satukan rakyat Malaysia', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Kerjasama Umno-PAS satukan rakyat Malaysia'
link : 'Kerjasama Umno-PAS satukan rakyat Malaysia'

Baca juga


'Kerjasama Umno-PAS satukan rakyat Malaysia'

Bekas Timbalan Presiden PAS Datuk Dr Nasharudin Mat Isa berpendapat kerjasama antara PAS dan Umno dilihat semakin cerah dan akan memberi manfaat kepada Malaysia sejajar dengan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan.

Menurutnya PAS dan Umno tidak perlu bergabung tetapi mengadakan kerjasama demi kestabilan politik dengan mengetepikan perbezaan masing-masing.

"Saya optimis kerjasama tersebut dapat menyatupadukan orang Melayu dan rakyat Malaysia ke arah sebuah negara yang aman damai. Saya masih berpegang kepada kaedah kerjasama itu untuk berbincang dan merancang masa depan politik dan melihat sesuatu demi kepentingan negara," katanya.

Nasharudin yang merupakan Pengerusi Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peserta yang ingin tahu tahap wasatiyyah diamalkan PAS-Umno selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Gerakan Kesederhanaan Global: Membina Jambatan dan Menghapuskan Halangan Menerusi Kesederhanaan’ di Wisma Putra di Putrajaya, hari ini.

Katanya perkembangan hari ini menyaksikan PAS yang dipimpin oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awan memiliki nada yang berbeza dalam isu kerjasama PAS-Umno berbanding kepimpinan sebelumnya, yang sudi membuka jalan perbincangan kepada Barisan Nasional (BN).

"PAS tidak perlu sertai Umno dan sebaliknya. Tetapi apa yang penting kedua-dua parti perlu bekerjasama mencari formula terbaik demi kebaikan kedua-dua belah pihak,” katanya.

-Bernama


Demikianlah Artikel 'Kerjasama Umno-PAS satukan rakyat Malaysia'

Sekianlah artikel 'Kerjasama Umno-PAS satukan rakyat Malaysia' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Kerjasama Umno-PAS satukan rakyat Malaysia' dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/kerjasama-umno-pas-satukan-rakyat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :