Laporan RCI Forex dibentang kepada Agong

Laporan RCI Forex dibentang kepada Agong - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Laporan RCI Forex dibentang kepada Agong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Laporan RCI Forex dibentang kepada Agong
link : Laporan RCI Forex dibentang kepada Agong

Baca juga


Laporan RCI Forex dibentang kepada Agong

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) siasatan kes kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) akibat urus niaga mata wang asing sekitar tahun 1990-an akan dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Satu notis yang dihantar RCI berkata pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Mohd Sidek Hassan akan bertemu Agong di Istana Negara antara jam 5 petang hingga 6 petang.

Suruhanjaya itu yang ditubuhkan pada 15 Julai lalu dan keanggotaannya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.

BNM dilaporkan mengalami kerugian AS$10 bilion (RM44 bilion) dalam urus niaga perdagangan mata wang sekitar 1990-an.

Suruhanjaya itu ditugaskan menyelidiki dakwaan mengenai kerugian urusniaga forex yang ditanggung Bank Negara dan implikasinya terhadap ekonomi negara.

Skandal forex berlaku pada akhir 1980-an dan awal 1990-an ketika Tun Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Seramai 25 saksi termasuk Mahathir, bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin memberi keterangan semasa pendengaran selama lapan hari.

Sebanyak 42 dokumen juga dikemukakan semasa prosiding.


Demikianlah Artikel Laporan RCI Forex dibentang kepada Agong

Sekianlah artikel Laporan RCI Forex dibentang kepada Agong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Laporan RCI Forex dibentang kepada Agong dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/laporan-rci-forex-dibentang-kepada-agong.html

Subscribe to receive free email updates: