‘Luaskan jajahan’

‘Luaskan jajahan’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Luaskan jajahan’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Luaskan jajahan’
link : ‘Luaskan jajahan’

Baca juga


‘Luaskan jajahan’

Kesukaran mendapat ruang untuk muzik mereka diperdengarkan di radio membuatkan kumpulan Pitahati memilih alternatif lain untuk menghiburkan peminat.

Bekerjasama dengan pengarah Mamat Khalid, kumpulan dari Sungai Buloh, Selangor dan dikenali dengan bunyi-bunyian yang mampu mempengaruhi situasi dan keadaan sekeliling, cuba mendekati peminat melalui persembahan live dinamakan Pitahati di Sarang Art Hub.

Dianjurkan Ruang Hati Kita dengan kerjasama Sarang Art Hub milik Mamat Khalid, kumpulan dianggotai Ilham, Yasin, Masrin, Hidayat dan Zahar memilih Tanjung Malim untuk meluaskan jajahan muzik mereka.

Kata Ilham, mereka tidak mahu lagi memikirkan mengenai peluang untuk memperdengarkan karya Pitahati di radio selepas melalui kesukaran untuk mendapat tempat.

Katanya, biarlah radio itu untuk mereka yang selayaknya sahaja dan mereka lebih fokus terhadap persembahan secara langsung.

“Kami yakin untuk menyebarkan muzik kami secara fizikal. Selepas sekian lama menghiburkan peminat di ibu kota, kali ini kami memilih alternatif lain untuk mendekati peminat.

“Mereka akan kami bawa ke dimensi bunyi-bunyian yang tidak dapat dialami melalui radio arus perdana tempatan,” katanya.

Kata Ilham, mereka memilih Sarang Art Hub sebagai lokasi persembahan kali ini kerana Sarang adalah tempat yang mempunyai tenaga kreatif dan ruang yang ada suasana nostalgia.

“Suntikan nostalgia ini mungkin kerana Mamat suka mengumpul barang-barang lama di samping tempat itu juga dibina daripada bangunan lama.

“Selain itu, Tanjung Malim juga mempunyai ramai siswa dan siswi yang kena dengan target audiens kami. Khalayak juga sedia maklum dengan Sarang Art Hub di Tanjung Malim yang pada asalnya rumah rehat lama di dalam kawasan pekan Tanjung Malim,” katanya.

Ilham juga kagum dengan usaha Mamat yang dikenali ramai melalui filem arahannya seperti Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Rock Bro kerana mewujudkan lokasi unik berkonsepkan seni, kafe dan masyarakat.

“Jika dilihat pada aktiviti yang dijalankan di Sarang, memang ‘sarang seni’ ini kerap membabitkan aktiviti seni.

“Sikap keterbukaan Mamat dan pakej lokasi yang lengkap dengan ruang persembahan di Sarang Art Hub boleh memberi impak yang baik untuk apa sahaja acara yang dijalankan khususnya membabitkan acara kesenian,” katanya.

Pitahati di Sarang Art Hub turut menampilkan band rock yang lain seperti The Otherside Orchestra, Margasatwa dan Seikan No sebagai pembuka acara.

Bagi yang berminat, tiket ke persembahan dijual pada harga RM25 di pintu masuk pada hari acara dan RM20 secara ‘early bird’ kepada 100 tempahan terawal.

The post ‘Luaskan jajahan’ appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel ‘Luaskan jajahan’

Sekianlah artikel ‘Luaskan jajahan’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Luaskan jajahan’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/luaskan-jajahan.html

Subscribe to receive free email updates: