*MAHATHIR, KUASA & PERTARUNGAN ELIT POLITIK

*MAHATHIR, KUASA & PERTARUNGAN ELIT POLITIK - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul *MAHATHIR, KUASA & PERTARUNGAN ELIT POLITIK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : *MAHATHIR, KUASA & PERTARUNGAN ELIT POLITIK
link : *MAHATHIR, KUASA & PERTARUNGAN ELIT POLITIK

Baca juga


*MAHATHIR, KUASA & PERTARUNGAN ELIT POLITIK

1. Saya perhatikan majoriti pengikut bawahan yang menyertai parti bunga adalah pentaksub Tun Mahathir.

Ia bukan soal Najib Razak, agama, bangsa dan negara.

2. Mereka sebenarnya sama seperti saya pada tahun 1986-2009 akan mencari apa sahaja justifikasi untuk membenarkan logik Mahathir.

3. Saya telah melalui 2 fasa politik di bawah Mahathir. Dari 1986-2009, saya percaya Mahathir bertindak atas hati nuraninya menjaga kepentingan agama, bangsa, negara dan parti.

4. Mulai 2009 saya mula melihat politik dari kaca mata elitis. Saya mula sedar bahawa semua ini semua adalah pertarungan elit politik merebut kuasa dan pengaruh bagi menentukan perjalanan negara. Mereka boleh berbaik jika menguntungkan mereka.

Bagi mereka soal agama, bangsa dan negara adalah soal kedua.

5. Selagi mereka di dalam UMNO kita boleh menentukan hala tuju mereka menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara ini hatta kepada “once upon a time a liberalist” Khairy Jamaluddin.
Namun sebaik mereka berada di luar UMNO, mereka menunjukkan agenda sebenar mereka tanpa mempedulikan kepentingan perjuangan asal.

6. Jika diamati perkara ini terjadi kepada *Ku Li, Anwar Ibrahim dan kini Mahathir Mohamad*.
Siapa percaya pejuang Islam nombor wahid selama 3 dekad seperti Anwar Ibrahim menukar falsafah perjuangannya kepada liberalis barat dan berkawan dengan DAP?

7. Hari ini ektremis Melayu sepentas dengan DAP, yang selama ini berdekad-dekad lamanya beliau menjadikan PAP dan DAP sebagai musuh nombor satunya untuk menjadi pemimpin negara.

8. Pada akhirnya *jangan lagi kita sokong batang tubuh orang. Tapi sokonglah mereka selagi menguntungkan agama, bangsa dan negara.*

9. Saya masih menyokong kepimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Najib bin Tun Hj. Abd Razak kerana *dasar dan polisi beliau banyak menguntungkan Islam, orang Melayu dan bumiputera, menjaga kepentingan orang miskin (melalui BR1M, klinik 1 Malaysia, rumah mampu milik dll),* dan negara berada dalam keadaan stabil biar pun dunia berhadapan cabaran ekonomi yang sangat hebat.

10. Akhir kalam marilah kita renung dan bermuhasabah diri bersama *adakah perjuangan Mahathir kini dapat menguntungkan agama, bangsa dan negara?*Tepuklah dada tanyalah akal tanyalah iman.

*Ab Jalil Backer*


Demikianlah Artikel *MAHATHIR, KUASA & PERTARUNGAN ELIT POLITIK

Sekianlah artikel *MAHATHIR, KUASA & PERTARUNGAN ELIT POLITIK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel *MAHATHIR, KUASA & PERTARUNGAN ELIT POLITIK dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/mahathir-kuasa-pertarungan-elit-politik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :