Mahathir punca orang muda menjauhi pembangkang...

Mahathir punca orang muda menjauhi pembangkang... - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir punca orang muda menjauhi pembangkang..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir punca orang muda menjauhi pembangkang...
link : Mahathir punca orang muda menjauhi pembangkang...

Baca juga


Mahathir punca orang muda menjauhi pembangkang...

Himpunan paling memalukan pembangkang yang diadakan di lubuk mereka di Petaling Jaya Selangor pada Sabtu jelas menunjukkan ianya didominasi oleh golongan warga emas.

Dalam kata lain, pembangkang di Malaysia hilang tarikan di kalangan anak muda dan salah saktu faktornya adalah Tun Mahathir Mohamad.

Berusia 92 tahun, ramai anak muda yang geleng kepada melihat beliau masih lagi dok sibuk dalam politik Malaysia dan memegang jawatan pengerusi Pakatan Harapan walaupun 'rumah kata pergi, kubur kata mari'.

Perhimpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur itu bermula jam 4.00 petang sehingga 11.00 malam itu dihadiri kurang 8,000 dengan anggaran polis sebanyak 4,000 orang yang sebahagian besar merupakan warga emas.

Kehadiran Mahathir pada petang dan kemudiannya sebelah malam menyebabkan kehadiran bertambah teruk.

Kegagalan menarik sokongan anak muda akan menyebabkan pembangkang menempah bala besar untuk meraih undi pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam ucapan hampir semua pemimpin kanan pembangkang mereka mengitar semula tuduhan terhadap Perdana Menteri dan Barisan Nasional (BN).

Penganjur juga dilihat tiada modal baru untuk diketengahkan apabila menayangkan video montaj mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang kini sedang dipenjarakan akibat kes kesalahan jenayah seksual.

Penganjur berusaha untuk menutup kegagalan mereka menarik jumlah peserta seperti yang disasarkan dengan alasan 'ada perlawanan bola - Mancester United lawan Liverpool'.

Himpunan ini adalah kemuncak kepada siri jelajah PH di seluruh negara mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi senjata utama pembangkang untuk memancing undi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Tema “Kleptokrasi” dipilih PH untuk melontar pelbagai tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan bersabit isu 1MDB.

Dalam ucapannya Mahathir sekali lagi mengungkit soal amanah dan kebertanggungjawaban untuk menyerang Perdana Menteri.

“Kita kena nyatakan tentangan kita terhadap pemimpin kerajaan seperti ini.

"Jadi sekarang nasib Najib di tangan kita. Kita boleh kalahkan Najib dengan pangkah PH,” kata Mahathir.

Najib sebelum ini menegaskan di pihaknya tidak ada salah laku berlaku dan beliau sendiri mengarahkan Parlimen dan pihak yang berkenaan menyiasat kemelut kewangan 1MDB.

Siasatan dilakukan tanpa campur tangan dan tindakan-tindakan tertentu sudah pun di ambil manakala 1MDB sendiri melalui proses rasionalisasi.

Selain Mahathir, turut berucap adalah Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PH yang merangkumi DAP, PKR, PPBM dan PAN, berharap untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang harus diadakan sebelum Ogos tahun depan.

Bagaimanapun pakatan itu dibelenggui oleh perbalahan dalaman dan ketiadaan penyelarasan untuk bergerak secara bersepadu.

PH juga dilihat tidak menawarkan penyelesaian mapan atas isu-isu yang dibangkitkannya seperti GST dan kos sara hidup.

Para penganalisis politik meletakkan perhimpunan anjuran PH sebagai penanda aras terhadap sambutan rakyat untuk gabungan itu pada pilihan raya kelak.

Kehadiran penyokong di bawah paras sasaran penganjur tentunya membawa mesej yang berkemungkinan menggoyah keyakinan PH dalam hasratnya menawan Putrajaya.


Demikianlah Artikel Mahathir punca orang muda menjauhi pembangkang...

Sekianlah artikel Mahathir punca orang muda menjauhi pembangkang... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir punca orang muda menjauhi pembangkang... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/mahathir-punca-orang-muda-menjauhi.html

Subscribe to receive free email updates: