Mahathir Tidak Mengaku PPBM Ada Hubungan Dengan DAP?...Buruknya Sikap Madey ni....

Mahathir Tidak Mengaku PPBM Ada Hubungan Dengan DAP?...Buruknya Sikap Madey ni.... - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir Tidak Mengaku PPBM Ada Hubungan Dengan DAP?...Buruknya Sikap Madey ni...., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir Tidak Mengaku PPBM Ada Hubungan Dengan DAP?...Buruknya Sikap Madey ni....
link : Mahathir Tidak Mengaku PPBM Ada Hubungan Dengan DAP?...Buruknya Sikap Madey ni....

Baca juga


Mahathir Tidak Mengaku PPBM Ada Hubungan Dengan DAP?...Buruknya Sikap Madey ni....

Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan PAS tidak serius untuk menang pada PRU14 apabila mengumumkan mahu menandingi ke semua 60 kerusi yang pernah ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Tambah beliau, bagi PAS yang penting bukan bangsa, agama dan tanahair; yang diutamakan bukan pun penyingkiran Kerajaan kleptokrat Najib.

Artikel sepanjang dua belas perenggan yang dipetik dari laman blog chedet.cc bertajuk UNDI PAS = UNDI BN itu turut mendakwa setiap undi yang diberikan kepada parti PAS adalah bersamaan dengan undi kepada Barisan Nasional (BN).

Diakhir penulisannya, Mahathir tegas menyatakan bahawa PAS akan menanggung dosa kerana setiap undi kepada parti itu hanya akan membuatkan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia.

Namun begitu, adakah Tun Mahathir sendiri menyedari bahawa parti yang dinaunginya sekarang sedang bersekongkol dengan DAP yang banyak membantah dalam usaha memperkasakan agama Islam di bumi Malaysia ini?

Tidakkah Tun Mahathir takut akan dosa yang terpaksa ditanggung apabila sanggup bersekongkol dengan DAP?

Pendakwah bebas, Dr. Ridhuan Tee Abdullah menggariskan 10 bukti bahawa DAP adalah sebuah parti yang Anti Islam.

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 



Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,



“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.


“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.

- Utusan Malaysia

Seharusnya, sebelum menasihatkan PAS tentang dosa dan pahala akibat bersekongkol dengan perkara yang batil, Tun Mahathir wajar mencerminkan tindak tanduk parti yang diketuai olehnya apabila sanggup untuk bersama dengan DAP.



Demikianlah Artikel Mahathir Tidak Mengaku PPBM Ada Hubungan Dengan DAP?...Buruknya Sikap Madey ni....

Sekianlah artikel Mahathir Tidak Mengaku PPBM Ada Hubungan Dengan DAP?...Buruknya Sikap Madey ni.... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir Tidak Mengaku PPBM Ada Hubungan Dengan DAP?...Buruknya Sikap Madey ni.... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/mahathir-tidak-mengaku-ppbm-ada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :