Mark O’Dea Sedia Dikritik Ganti Zain Saidin

Mark O’Dea Sedia Dikritik Ganti Zain Saidin - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mark O’Dea Sedia Dikritik Ganti Zain Saidin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mark O’Dea Sedia Dikritik Ganti Zain Saidin
link : Mark O’Dea Sedia Dikritik Ganti Zain Saidin

Baca juga


Mark O’Dea Sedia Dikritik Ganti Zain Saidin

BINTANG YouTube, Mark O’Dea sudah bersedia jika lakonannya menerusi Oh My English Level Up dikritik atau dibandingkan dengan pelakon Zain Saidin.

Mark, 26, berkata sebagai personaliti televisyen dia juga tidak terlepas daripada dikecam dan dilemparkan dengan komen negatif apatah lagi dalam dunia digital ketika ini.

“Watak saya baru diwujudkan dan karekter pun berbeza dengan watak yang dibawakan oleh Zain Saidin.

“Tetapi saya sudah bersedia dan tidak kisah jika ada yang bandingkan lakonan sebab sebelum ini pun saya pernah dikritik di laman sosial.

“Bagi saya, kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Mungkin ada yang tidak suka tetapi sekurang-kurangnya ada segelintir yang akan suka,” kata Mark .

Mark memegang watak sebagai Mr. James Blond mengantikan watak cikgu kesayangan ramai penonton Oh My English iaitu Mr. Middleton lakonan Zain Saidin.

Rancangan yang berdurasi selama 15 minit ini akan bersiaran di Astro TVIQ dan siaran serentak dalam definisi tinggi di Astro Maya HD.

Dalam pada itu, Mark teruja apabila menerima tawaran membintangi rancangan Oh My English Level Up kerana ia merupakan peluang keemasan.

Menurutnya, tawaran tersebut merupakan kali pertama dia bekerjasama dengan produksi tempatan yang menghasilkan program berbahasa Melayu.

“Saya terima berlakon dalam rancangan ini kerana ia satu program yang sangat bagus dan di England pun jarang ada sitkom yang menyelitkan konsep pembelajaran seperti ini.

“Memang sangat teruja kerana ia merupakan kali pertama saya bekerjasama dengan produksi tempatan yang menghasilkan program berbahasa melayu.

“Ini juga satu peluang untuk saya mengembangkan bakat lakonan saya,” ujarnya.

Sementara itu, menurut pemuda kelahiran England ini, dia memulakan kerjayanya di Malaysia empat tahu lalu sebagai hos program 8TV Quikie.

Mark juga pernah terlibat program seperti Jinny Boy TV dan beberapa program berkonsep travelogue.

Perkembangan lain, Mark akan sibuk dengan penggambaran sebuah program travelogue pada November depan. Kata Mark, menariknya program tersebut mencabarnya menjayakan misi pendakian ke Annapurna Base Camp (ABC) di Nepal.

The post Mark O’Dea Sedia Dikritik Ganti Zain Saidin appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mark O’Dea Sedia Dikritik Ganti Zain Saidin

Sekianlah artikel Mark O’Dea Sedia Dikritik Ganti Zain Saidin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mark O’Dea Sedia Dikritik Ganti Zain Saidin dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/mark-odea-sedia-dikritik-ganti-zain.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :