link : Misi kemanusiaan ‘melekat’ di hati Heliza
Misi kemanusiaan ‘melekat’ di hati Heliza
PENYANYI, Heliza Helmi, 31, gembira diberi peluang sekali lagi menyertai misi kemanusiaan.
Kali ini bagi membantu pelarian Rohingya di beberapa kem pelarian dan kampung di Cox’s Bazaar, Bangladesh.
“Syukur Alhamdulillah atas ruang dan peluang ini. Cita-cita dan doa yang dipanjatkan sudah bertahun, baru kali ini Allah izinkan,” katanya ringkas.
Dia gembira, walaupun sudah tiba di Dhaka pagi ini, harini, sumbangan daripada orang ramai belum berhenti sampai ke masa ini.
Penyanyi lagu La Tahzan itu berlepas ke Dhaka bersama-sama 20 anggota pertubuhan Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care), semalam.
Pada misi bermula hari ini sehingga 31 Oktober (Isnin), Heliza dan Muslim Care bersama-sama beberapa wakil aktivis di sana akan menyampaikan sumbangan orang ramai.
Sumbangan kewangan diterima akan digunakan untuk membina 20 telaga tiub, dua unit klinik bergerak, kelengkapan klinik, ubat-ubatan, tandas dan khemah perlindungan sementara.
Heliza pernah menyertai beberapa misi kemanusiaan di Syria dan Palestine, misi pembinaa masjid di Sepanyol dan misi bantuan banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, sebelum ini.
The post Misi kemanusiaan ‘melekat’ di hati Heliza appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Misi kemanusiaan ‘melekat’ di hati Heliza
Anda sekarang membaca artikel Misi kemanusiaan ‘melekat’ di hati Heliza dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/misi-kemanusiaan-melekat-di-hati-heliza.html