Nassier Dituduh Buat Haji Guna Wang Haram

Nassier Dituduh Buat Haji Guna Wang Haram - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nassier Dituduh Buat Haji Guna Wang Haram, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nassier Dituduh Buat Haji Guna Wang Haram
link : Nassier Dituduh Buat Haji Guna Wang Haram

Baca juga


Nassier Dituduh Buat Haji Guna Wang Haram

PENYANYI Datuk Nassier Wahab terkilan apabila ada suara sumbang yang mempertikaikan sumber kewangan yang digunakannya untuk mengerjakan ibadah Haji hujung bulan lalu.

Nassier berkata, dia berkecil hati apabila ada yang menuduhnya mengerjakan ibadah haji menggunakan duit daripada sumber haram.

Isu ini dibangkitkan netizen apabila namanya dikaitkan dengan kontroversi membabitkan usahawan dan pelakon Datuk Boy Iman.

“Astaghfirullah, tergamak mereka menuduh saya guna duit haram hasil menipu orang ramai untuk buat Haji.

“Ya Allah, kecil hati saya apabila dituduh sedemikian rupa. Sedangkan saya gunakan duit simpanan sendiri.

“Kalau ikutkan duit simpanan saya sepanjang menjadi penghibur sudah lebih daripada cukup,” katanya.

Isu ini dibangkitkan netizen kerana dia merupakan duta kepada salah satu produk DBI milik Boy Iman.

Boy Iman menerusi syarikat miliknya iaitu DBI Property disiasat pihak berkuasa berhubung kes penjualan rumah murah.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 55 tahun ini turut bersedih apabila ada yang mempertikaikan penganugerahan darjah kebesaran bergelar Datuk yang diterimanya.

“Selama 30 tahun saya berkecimpung dalam industri seni, ini merupakan penghargaan tertinggi yang diberi oleh Istana Pahang.

“Apabila ada yang mempertikaikan tentang darjah kebesaran yang diberi, mereka seolah-olah tidak menghormati institusi diraja. Sedangkan dalam hal ini, istana menghargai sumbangan anak seni.

“Saya bukan sahaja mempunyai hubungan yang baik dengan istana Pahang, malah sering diundang membuat persembahan di istana termasuklah istana Brunei,” katanya.

Nassier dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, awal tahun ini.

Ditanya mengenai kedudukannya sebagai duta DBI Technology, Nassier memberitahu dia akan mempertimbangkan jalan yang terbaik sebelum membuat keputusan.

“Pihak pengurusan syarikat memaklumkan akan adakan satu pertemuan apabila mereka sudah bersedia.

“Dalam hal ini, saya akan buat keputusan yang terbaik untuk semua pihak dan akan maklumkan kemudian,” katanya yang mengikat kontrak sebagai duta sehingga pertengahan tahun depan.

The post Nassier Dituduh Buat Haji Guna Wang Haram appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Nassier Dituduh Buat Haji Guna Wang Haram

Sekianlah artikel Nassier Dituduh Buat Haji Guna Wang Haram kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nassier Dituduh Buat Haji Guna Wang Haram dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/nassier-dituduh-buat-haji-guna-wang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :