Penduduk Tanjung Bungah mahu Kerajaan DAP bertanggungjawab

Penduduk Tanjung Bungah mahu Kerajaan DAP bertanggungjawab - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penduduk Tanjung Bungah mahu Kerajaan DAP bertanggungjawab, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penduduk Tanjung Bungah mahu Kerajaan DAP bertanggungjawab
link : Penduduk Tanjung Bungah mahu Kerajaan DAP bertanggungjawab

Baca juga


Penduduk Tanjung Bungah mahu Kerajaan DAP bertanggungjawab

Kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng diminta bertanggungjawab dan tidak menutup mata berhubung pembangunan di lereng bukit di kawasan itu yang sememangnya dibantah oleh penduduk negeri itu.

Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Bungah R.Meenakshi berkata baru minggu lepas pihaknya membangkitkan isu itu dan meminta kerajaan negeri menghentikan pembangunan di lereng bukit kerana dikhuatiri akan menyebabkan kejadian tanah runtuh.

"Semua projek ini tidak boleh dibenarkan di kawasan ini. Kami bantah projek-projek pembangunan dj lereng-lereng bukit tapi kerajaan negeri tak pernah dengar suara kami.

"Sebaliknya kami dianggap sebagai tidak rasional dan tidak berfikir secara waras," katanya dipetik agensi berita Bernama.

Dalam kejadian yang dilapor pada pukul 8.57 pagi ini, 14 pekerja binaan tertimbus dalam runtuhan tanah lereng bukit berhampiran projek pembinaan satu blok rumah mampu milik 50 tingkat di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah.

Sehingga 4 petang tadi, tiga mayat berjaya dikeluarkan, dua daripadanya rakyat Bangladesh manakala seorang lagi dipercayai daripada ethnik Rohingya.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa runtuhan giat dijalankan dan polis percaya mereka tertimbus sehingga kedalaman 10 meter.

Meenakshi berkata, pembangunan di lereng bukit walaupun dipanggil projek khas tidak seharusnya dibenarkan kerana ia memberi kesan buruk termasuk banjir kilat seperti yang berlaku pada 15 Sept lepas.

"Kita tidak mahu kejadian sama berulang lagi. Pembangunan di lereng bukit harus dihentikan. Bila lagi kita nak ambil berat dengan pembangunan di lereng bukit yang semakin bertambah. Kejadian hari ini harus menjadi contoh untuk elakkan projek lain di lereng-lereng bukit," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu lagi mendengar pelbagai alasan dari kerajaan negeri dan meminta satu siasatan diraja ditubuhkan bagi mengkaji punca kejadian kerana ia membabitkan soal nyawa.

Sementara itu bekas Anggota Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang Dr. Lim Mah Hui berkata, semua projek termasuk projek khas di lereng-lereng bukit perlu dihentikan segera memandangkan kebanyakan projek yang dijalankan melanggar struktur pelan pembangunan.

"Jangan menggunakan nama projek khas hanya untuk membolehkan kerajaan negeri memberi kelulusan, sepatutnya selaraskan semuanya tak perlu guna projek khas.

"Projek-projek di lereng bukit jelas sangat merbahaya dan perlu dihentikan serta merta," katanya.


Demikianlah Artikel Penduduk Tanjung Bungah mahu Kerajaan DAP bertanggungjawab

Sekianlah artikel Penduduk Tanjung Bungah mahu Kerajaan DAP bertanggungjawab kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penduduk Tanjung Bungah mahu Kerajaan DAP bertanggungjawab dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/penduduk-tanjung-bungah-mahu-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :