link : Persatuan Sejarah kecam NGO pembangkang buat tuduhan melulu
Persatuan Sejarah kecam NGO pembangkang buat tuduhan melulu
Tak habis-habis lagi NGO pembangkang dok memekak isu bendera UMNO di sekolah ketika pertandingan persembahan kelas Selasa lalu.
Berikutan itu, penganjur acara tersebut Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kuala Lumpur (PSMKL) tampil memberikan penjelasan dan sekaligus mengecam NGO pembangkang yang membuat berbagai dakwaan tersebut.
Pengerusi PSMKL, Dr. Mohd Emil Azril Bahari berkata pertandingan drama pentas yang diadakan di sebuah sekolah di Putrajaya baru-baru ini berdasarkan fakta sejarah dengan tema 'UMNO dan Kemerdekaan'.
Menurutnya, sejarah UMNO berjuang untuk kemerdekaan Malaya merupakan satu fakta yang tidak dapat disangkal dan terukir dalam lipatan sejarah negara ini.
Sebelum ini NGO pembangkang Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE) mengecam penganjuran tersebut.
“Kami melihat kenyataan oleh PAGE ini bersifat melulu untuk memberi pandangan yang negatif dan mengelirukan orang ramai terhadap usaha kami.
“Justeru, PAGE (yang mendakwa) sebagai kumpulan aktivis pendidikan tidak seharusnya memainkan isu ini seolah-olah ia bukannya fakta sejarah,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Agendadaily.
Mohd Emil berkata, PSMKL telah terlibat dalam memberi pandangan kepada jawatankuasa penganjur bersama pertandingan itu sejak 2014 malah menyediakan kepakaran teknikal serta pasukan juri.
Bagaimanapun, katanya, penganjur tidak terlibat tentang cara dan bagaimana sekolah dan pelajar bersaing daripada segi kreativiti dan ekpresi dalam usaha ke arah merealisasikan tema yang diberikan.
“Dengan menghidupkan kembali detik-detik sejarah melalui drama dan persembahan, para pelajar bukan sahaja akan diberi pengalaman pembelajaran, tetapi akan membolehkan mereka menikmati proses pembelajaran sejarah dan peluang untuk merasai pengalaman ketika proses tersebut berlangsung.
“Oleh itu, bendera UMNO yang dikibarkan oleh pelajar tidak harus dipetik di luar konteks,” katanya lagi.
Mohd Emil menyenaraikan empat parameter yang ditetapkan oleh PSMKL sebagai bimbingan kepada penganjur pertandingan itu seperti berikut:
– Tema berunsurkan sejarah harus sesuai dengan sukatan pelajaran sekolah kerajaan yang terdapat dalam buku teks sejarah
– Pertandingan ini adalah untuk mengasah kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam subjek sejarah untuk para pelajar mengetahui sumber sejarah dan melatih keyakinan mereka untuk memberi ucapan dan persembahan kepada juri mengenai tema pilihan mereka
– Pelajar juga harus mempelajari asas-asas perlembagaan dan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan menerusi proses politik dan membezakannya dengan perjuangan kemerdekaan melalui perjuangan mengangkat senjata
– Penghakiman dilakukan secara telus oleh anggota PSMKL. (Dari tahun 2014-2016 PSMKL telah menyediakan dua panel juri untuk pertandingan. Tahun ini, Penolong Bendahari Kehormat PSMKL telah dilantik sebagai Ketua Juri.

Demikianlah Artikel Persatuan Sejarah kecam NGO pembangkang buat tuduhan melulu
Sekianlah artikel Persatuan Sejarah kecam NGO pembangkang buat tuduhan melulu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Persatuan Sejarah kecam NGO pembangkang buat tuduhan melulu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/persatuan-sejarah-kecam-ngo-pembangkang.html