link : Peruntukan RM280.25 Bilion Untuk Bajet 2018
Peruntukan RM280.25 Bilion Untuk Bajet 2018
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencadangkan peruntukan RM280.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan dalam Bajet 2018 untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
Ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat di sini, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sebanyak RM234.25 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
“Ini tidak termasuk simpanan luar jangka RM2 bilion,” katanya.
Di bawah peruntukan mengurus, sebanyak RM79.15 bilion adalah untuk emolumen dan RM33.62 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan, katanya.
Beliau berkata sebanyak RM119.82 bilion adalah untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap manakala perbelanjaan lain pula diperuntukkan RM1.08 bilion dan RM577 juta untuk pembelian aset. – BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Peruntukan RM280.25 Bilion Untuk Bajet 2018
Sekianlah artikel Peruntukan RM280.25 Bilion Untuk Bajet 2018 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peruntukan RM280.25 Bilion Untuk Bajet 2018 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/peruntukan-rm28025-bilion-untuk-bajet.html