PM teruja penggunaan gajet dalam PdPc

PM teruja penggunaan gajet dalam PdPc - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM teruja penggunaan gajet dalam PdPc, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM teruja penggunaan gajet dalam PdPc
link : PM teruja penggunaan gajet dalam PdPc

Baca juga


PM teruja penggunaan gajet dalam PdPc

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melakukan tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1), di sini, bagi melihat kaedah pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) yang dilaksanakan di sekolah berkenaan.

Najib tertarik dengan penggunaan gajet pintar di dalam kelas dan menyifatkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih interaktif serta mampu menambah keceriaan dan merangsang minat pelajar.

"Kaedah ini saya yakin dapat melahirkan generasi baharu kita yang mempunyai kemampuan berfikir secara lebih kreatif dan kritis selain menambah keyakinan berkomunikasi di samping dapat bekerjasama dalam satu pasukan.

"Pada keseluruhannya suasana di dalam kelas lebih positif dan bertenaga berbanding cara lama atau konvensional," katanya kepada pemberita ketika lawatan itu.

Dalam tinjauannya kira-kira setengah jam yang disertai Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid itu, Najib turut mendapatkan penerangan mengenai penggunaan papan pintar dan melihat sendiri kaedah tenaga pengajar berinteraksi dengan pelajar di dalam kelas.

Najib mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan kerana berjaya dalam membuat percubaan melaksanakan konsep PAK-21 dan berharap ia dapat diperluaskan.

Sementara itu, Mahdzir berkata beliau menjangkakan Perdana Menteri akan memberikan peruntukan dalam Bajet 2018 yang akan dibentang 27 Okt ini, untuk mengubah suai kelas di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menjadi kelas PAK-21.

"Pada cadangan kementerian (peruntukan dalam bajet 2018) mungkin untuk 1,000 buah sekolah, satu sekolah dua kelas pintar, jadi kita cadangkan 2,000 kelas," katanya.

Setakat ini, Mahdzir berkata terdapat sekolah yang mempunyai kelas PAK-21 yang dibiayai dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), persatuan alumni dan sektor swasta.

"Ada juga sekolah berasrama penuh dan kebanyakan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) yang mempunyai kelas pintar, turut menerima sumbangan daripada pihak luar," katanya.

Ditanya mengenai kos bagi setiap kelas, katanya ia bergantung kepada keadaan sekolah memandangkan ada sekolah yang perlu diubah suai terlebih dahulu dan ada juga yang hanya memerlukan peralatan sahaja.

Mahdzir berkeyakinan elemen dalam PAK-21 yang lebih interaktif dengan penggunaan papan pintar dan gajet dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

- BERNAMA


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel PM teruja penggunaan gajet dalam PdPc

Sekianlah artikel PM teruja penggunaan gajet dalam PdPc kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM teruja penggunaan gajet dalam PdPc dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/pm-teruja-penggunaan-gajet-dalam-pdpc.html

Subscribe to receive free email updates: