Polis Tahan Boy Iman

Polis Tahan Boy Iman - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Tahan Boy Iman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Tahan Boy Iman
link : Polis Tahan Boy Iman

Baca juga


Polis Tahan Boy Iman

Melalui siaran media yang diterima melaporkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah menerima 188 laporan polis berkait penipuan jualan rumah yang dilakukan oleh Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources melibatkan kerugian keseluruhan sehingga RM 6.2 juta.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, didapati syarikat ini menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

Bagaimanapun, setelah bayaran dilunaskan, pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan.
Semalam, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman telah memberkas Pengarah Urusan DBI Properties, Dato’Noruliman bin A. Rahman yang juga dikenali sebagai Dato’ Boy Iman.

Tangkapan telah dilakukan di balai polis Bukit Indah, Ampang. Hasil pemeriksaan yang dibuat di pejabat suspek di Wisma DBI, Ampang, pihak polis telah merampas sebuah kereta Nissan Fairlady, sebuah kereta BMW E92, tiga unit telefon bimbit, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties.

Pada tarikh yang sama, pihak polis turut memberkas dua lagi suspek utama kes ini di sebuah kondominium di Setapak, Kuala Lumpur.

Kedua-dua suspek ini yang merupakan lelaki melayu berusia 45 dan 29 adalah pemilik Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Turut dirampas adalah dua unit telefon bimbit dan pelbagai dokumen Syarikat Juta Kelulut Global Resources. Kesemua suspek sedang direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan penelitian yang dilakukan pihak polis, didapati sindiket penipuan hari ini semakin bijak memanipulasi kehendak serta keperluan masyarakat untuk mewujudkan pelbagai skim penipuan serta pelaburan bagi menarik perhatian mangsa.

Ini dapat dilihat melalui kewujudan pelbagai skim berasaskan perniagaan, emas, perumahan dan seumpamanya. Justeru, masyarakat diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan skim atau tawaran luar biasa yang dibuat oleh mana-mana orang atau syarikat.

Harus diingat, kebiasaannya sesuatu entiti perniagaan yang ditubuhkan adalah berasaskan kepada keuntungan. Justeru, penawaran sesuatu skim yang berbeza dari kebiasaan haruslah dinilai dan disemak dengan terperinci.

Sebaiknya, rujuklah dengan agensi atau pihak yang lebih arif berkenaan sesuatu tawaran tersebut bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan.

The post Polis Tahan Boy Iman appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Polis Tahan Boy Iman

Sekianlah artikel Polis Tahan Boy Iman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Tahan Boy Iman dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/polis-tahan-boy-iman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :