link : PPBM nafsu besar tapi tenaga lemah sindir Mat Taib
PPBM nafsu besar tapi tenaga lemah sindir Mat Taib
PPBM diibaratkan parti yang mempunyai nafsu besar tetapi tidak cukup tenaga untuk menjadi wadah perjuangan politik orang Melayu di negara ini.
Ini kerana Bekas Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhamad Muhammad Taib menyifatkan PPBM tidak tersusun dan tidak mampu mewujudkan struktur organisasi parti itu diceruk-ceruk kampung dan kawasan terpencil di seluruh negara.
“Hari tu PPBM kata parti itu boleh jadi malay base, tapi hari ni PPBM boleh nampak di pucuk-pucuk sahaja bukan pada pokoknya.
“Hanya ada di bandar-bandar besar seperti Shah Alam, tapi tak ada di kampung-kampung.
“Gendang kuat tapi jentera tak ada. Nafsu kuat tapi tenaga lemah. Mereka tidak boleh menjadi parti wadah politik orang Melayu.
“Paling penting parti kena ada jentera di kampung-kampung seperti yang dilakukan UMNO. Ada wakilnya di setiap pelusuk negara,” katanya yang lebih mesra dipanggil Mat Taib.
Ditanya mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memperlekehkan tindakan beliau menyertai UMNO, Mat Taib menjawab, sesiapa yang menyertai Tun M dianggap ‘malaikat’ dan sesiapa yang menentang beliau pula dianggap musuh.
“Masa saya bersama (pembangkang), dia puji saya. Maknanya di mata dia, kalau duduk sebelah dia semuanya ‘malaikat’. Kalau menentang dia, maknanya musuh dia.
“Tun M pun sudah mungkin dot dot dot…
“Saya tidak mahu menentang dia kerana satu ketika dahulu pernah ambil saya sebagai Menteri Besar. Tapi sama ada nak pilih dia atau orang Melayu, saya tinggalkan dia. Saya pilih orang Melayu,” katanya yang juga digelar Mike Tyson dalam politik tanahair.
Mahathir sebelum ini menganggap Mat Taib seperti ‘katak’ kerana melompat dari satu parti ke parti lain.
Setelah 5 tahun berkelana di luar UMNO, Mat Taib kembali semula ke pangkuan UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah membuat sidang media khas mengumumkan berita itu pada 17 September lalu.
Menurutnya, hanya UMNO sahaja parti yang mampu memperjuangkan nasib dan membela orang Melayu di masa hadapan dan bukan parti pembangkang terutamanya Pakatan Harapan.
Sementara itu, Mat Taib menjelaskan, beliau bersedia menyahut hasrat Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar dalam misi merampas kembali negeri tersebut daripada tangan pembangkang pada PRU ke-14 nanti.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan pendekatan dan strategi yang bakal digunakan untuk menggempur pembangkang di Selangor.
“Saya bersedia membantu UMNO Selangor dalam PRU akan datang.
“Segala usaha dan strategi yang dilakukan oleh pemimpin UMNO Selangor akan saya turuti,” jelasnya.
Sebelum ini dalam satu kenyataan, Noh menegaskan bahawa kepulangan Mat Taib akan dimanfaatkan oleh UMNO Selangor untuk berganding bahu dengan dua bekas Menteri Besar negeri tersebut dalam mencatur strategi mencapai misi berkenaan.
Dua bekas Menteri Besar tersebut ialah Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr. Khir Toyo.

Demikianlah Artikel PPBM nafsu besar tapi tenaga lemah sindir Mat Taib
Sekianlah artikel PPBM nafsu besar tapi tenaga lemah sindir Mat Taib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PPBM nafsu besar tapi tenaga lemah sindir Mat Taib dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/ppbm-nafsu-besar-tapi-tenaga-lemah.html