Rakaman video tujuh anggota polis berhibur disiasat

Rakaman video tujuh anggota polis berhibur disiasat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakaman video tujuh anggota polis berhibur disiasat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakaman video tujuh anggota polis berhibur disiasat
link : Rakaman video tujuh anggota polis berhibur disiasat

Baca juga


Rakaman video tujuh anggota polis berhibur disiasat

Polis sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung rakaman  video yang tular menunjukkan tujuh anggota polis termasuk seorang ketua balai di Johor, berhibur di kelab hiburan, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata beliau sedang menunggu laporan penuh daripada Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader mengenai rakaman video yang tular di media sosial itu.

“Siasatan telus akan dilakukan tanpa melindungi mana-mana anggota polis sekiranya terbukti mereka terlibat dengan salah laku dan integriti,” katanya ketika dihubungi Bernama News Channel di sini malam ini.

Mohamad Fuzi berkata beliau turut mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit  Aman untuk menyiasat dan meneliti kesahihan perkara berkenaan.

Petang tadi, video berdurasi lapan saat itu mula tular selepas dimuat naik seorang pemilik akaun facebook, Jia Xing Chen dengan tajuk “anggota polis berhibur di kelab malam bersama tokey judi”.

Difahamkan, enam anggota itu daripada Bahagian D7 (kongsi gelap, judi dan maksiat) dan Pasukan Siasatan Khas, manakala seorang lagi adalah ketua balai polis di sebuah daerah di Johor.

Sementara itu, Mohd Khalil ketika dihubungi, berkata ketujuh-tujuh anggota terbabit diarah bertukar ke bahagian lain serta merta sehingga siasatan selesai.

“Polis Johor juga telah memulakan siasatan berhubung kes tersebut,” katanya.

The post Rakaman video tujuh anggota polis berhibur disiasat appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Rakaman video tujuh anggota polis berhibur disiasat

Sekianlah artikel Rakaman video tujuh anggota polis berhibur disiasat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakaman video tujuh anggota polis berhibur disiasat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/rakaman-video-tujuh-anggota-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :