“Saya Tak Perlu Kedudukan” – Jawapan Tiz Zaqyah

“Saya Tak Perlu Kedudukan” – Jawapan Tiz Zaqyah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Saya Tak Perlu Kedudukan” – Jawapan Tiz Zaqyah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Saya Tak Perlu Kedudukan” – Jawapan Tiz Zaqyah
link : “Saya Tak Perlu Kedudukan” – Jawapan Tiz Zaqyah

Baca juga


“Saya Tak Perlu Kedudukan” – Jawapan Tiz Zaqyah

PELAKON Tiz Zaqyah menegaskan dia tidak perlu sebarang kedudukan dalam Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi menyuarakan pendapat terhadap fungsi pertubuhan tersebut.

Tiz berkata, apa yang disuarakannya pada Rabu lalu mengenai isu yang sudah dan sering diutarakan oleh ahli-ahli lain setiap kali Mesyuarat Agung Seniman diadakan.

“Saya tak perlu posisi dalam Seniman. Cukuplah saya sebagai ahli. Ikhlas, sekadar bertanya dan memberi pendapat dan sudah tentu mewakili ahli yang lain.

“Saya tidak mencari salah, sebelum ini saya tidak pernah mempersoalkan perkara ini. Soalan-soalan saya telah dikemukakan berkali-kali dalam mesyuarat tapi tiada penyelesaian sehingga sekarang, menyedihkan,” tulisnya menerusi Instagram pada Jumaat.

Tiz mengulas tentang kenyataan Presiden Seniman iaitu Zed Zaidi pada Khamis yang meminta pelakon Nur Kasih itu untuk menghadiri mesyuarat persatuan itu jika ada cadangan atau masalah.

Terdahulu pada Rabu, aktres berkenaan meluahkan rasa kecewa terhadap industri seni tanah air dan mempersoalkan fungsi persatuan berkenaan dalam menjaga kebajikan ahli.

Tambah Tiz, apa yang dimaksudkannya mengenai persatuan negara lain agar badan kebajikan artis di negara ini menjadikan mereka sebagai contoh untuk bergerak lebih baik.

“Saya bukan samakan tapi jadikan negara lain sebagai contoh dalam waktu bekerja, kesihatan dan kes kru meninggal di set. Berapa banyak kawan yang kita hilang kerana terlalu terbeban dengan kerja,” tulisnya.

Sementara itu, Tiz turut berasa kecewa dengan jawapan dan kenyataan Zed sebagai presiden dengan turut melabelkannya sebagai ‘banyak cakap’.

Katanya, Zed seharusnya menjadi contoh dan ketua yang baik kepada ahli-ahli Seniman.
“Dia sebagai ketua sepatutnya bersifat melindungi dan meyokong, bukan menuduh banyak cakap. Saya rasa tidak selamat kerana ada netizen yang serang saya secara peribadi,” ujarnya.

The post “Saya Tak Perlu Kedudukan” – Jawapan Tiz Zaqyah appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel “Saya Tak Perlu Kedudukan” – Jawapan Tiz Zaqyah

Sekianlah artikel “Saya Tak Perlu Kedudukan” – Jawapan Tiz Zaqyah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Saya Tak Perlu Kedudukan” – Jawapan Tiz Zaqyah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/saya-tak-perlu-kedudukan-jawapan-tiz.html

Subscribe to receive free email updates: