Siaran Akhbar: HyppTV Menghangatkan International Champions Cup 2017

Siaran Akhbar: HyppTV Menghangatkan International Champions Cup 2017 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siaran Akhbar: HyppTV Menghangatkan International Champions Cup 2017, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siaran Akhbar: HyppTV Menghangatkan International Champions Cup 2017
link : Siaran Akhbar: HyppTV Menghangatkan International Champions Cup 2017

Baca juga


Siaran Akhbar: HyppTV Menghangatkan International Champions Cup 2017

HyppTV, perkhidmatan penstriman TV & Video di Malaysia yang pernah menerima anugerah yang boleh ditonton menerusi pelbagai platform, baru-baru ini telah membawa sepuluh orang pelanggan bertuah HyppTV bersama pasangan masing-masing untuk satu perjalanan ‘Bus-Away’ ke Singapura bagi menyaksikan perlawanan International Champion Cup 2017 (ICC2017) di antara Chelsea FC menentang Internazionale secara LANGSUNG bertempat di Stadium Negara Singapura.

Perjalanan tersebut menjadi lebih mengujakan apabila kesemua pemenang bertuah berkenaan turut ditemani oleh tiga (3) orang selebriti HyppTV yang turut bersama menyertai perjalanan ‘Bus-Away’ itu. Selebriti-selebriti tersebut ialah Ain Edruce, pengacara HyppTV dari program Girls Only di HyppInspirasi HD (HyppTV Saluran 111), Putra Amaris dari drama bersiri ‘Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah!’ di HyppSensasi HD (HyppTV saluran 116) dan Nazrief Nazri, pengacara HyppTV dari Buletin 113 di Salam HD (HyppTV saluran 113).

Mengulas berita menarik ini, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM berkata, “Sebagai satu-satunya penyedia perkhidmatan penstriman TV dan Video di Malaysia yang mempunyai hak eksklusif bagi menyiarkan ICC2017, HyppTV menambah lagi kegembiraan para pelanggan kami dengan mengadakan peraduan di mana pemenang-pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi perjalanan ‘Bus-Away’ ke Singapura bagi menyaksikan perlawanan tersebut secara LANGSUNG sebagai sebahagian daripada tanda penghargaan kami atas kesetiaan mereka. Bukan itu sahaja, kami turut menganjurkan parti tontonan di beberapa lokasi terpilih di sekitar Lembah Klang bagi menghimpunkan peminat-peminat tegar bola sepak untuk datang dan bersama-sama merasai kemeriahannya bersama HyppTV.”

HyppTV merupakan pengendali IPTV eksklusif di Malaysia yang menayangkan ICC2017 secara langsung di HyppSports 3 HD (HyppTV Saluran 703) bermula 18 Julai sehingga 5 Ogos 2017 lalu. Perlawanan-perlawan tersebut turut boleh ditonton pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja menerusi aplikasi mudah alih, HyppTV Everywhere.

ICC, diasaskan oleh Relevent Sports, merupakan pertunjukan tahunan perlawanan persahabatan antara kelab-kelab bola sepak yang kebanyakannya menampilkan pasukan dari kelab Eropah yang bermain di Amerika Syarikat serta Kanada, dan kemudian pada tahun 2015 telah diperluaskan lagi ke China dan Australia. Tahun ini, tiga (3) pasukan – FC Bayern Munich, Chelsea FC dan FC Internazionale – telah berentap di Singapura.

Terdahulu pada bulan Julai, sebagai satu inisiatif untuk menghargai pelanggan setianya, HyppTV telah menganjurkan satu i-contest eksklusif bagi pelanggan Jumbo Pack, Sports Pack dan HyppSports untuk memberi mereka peluang memenangi perjalanan ICC2017 ‘Bus-Away’ ke Singapura bagi menyaksikan perlawanan di antara Chelsea FC menentang FC Internazionale secara langsung di Stadium Nasional Singapura. Peraduan tersebut telah dianjurkan dari 1 Julai sehingga 18 Julai 2017 dan pemenang-pemenang telah dipilih berdasarkan jawapan yang tepat dan slogan paling kreatif yang telah dihantar. Pemenang-pemenang tersebut ialah:

  1. Mohamad Firdaus Samsudin
  2.  Abdul Rahman Mohd Ali
  3. Imannurdin Wira Sakdudin
  4. Hong Chem Seng
  5. Fatin Adibah Mohd Ghazali
  6. Yong Yoon Leng
  7. Mohd Faizal Mohd Nasir
  8. Allan Wong
  9. Faisal Sahrom
  10. Norzulhilmi Nozir Ahmad

Semua para pemenang berkenaan teruja menyaksikan perlawanan tersebut, di mana antaranyam Mohd Faizal berkata, “Perlawanan tersebut amat mendebarkan dan saya berasa gembira kerana berpeluang untuk menyaksikan bintang-bintang bola sepak beraksi, terima kasih HyppTV!”. Sementara itu, seorang lagi pemenang, Abdul Rahman turut berseronok menonton perlawanan tersebut di Stadium bersama anak lelaki beliau, Aliff Azreen.

Seorang lagi pemenang, Fatin Adibah berkongsi kegembiraannya, “Saya amat seronok apabila mendapat tahu yang saya merupakan salah seorang pemenang bagi peraduan ICC2017 di HyppTV. Untuk berada di Stadium Nasional Singapura merupakan detik yang tidak akan dilupakan bagi saya dan suami, Terima kasih TM dan HyppTV!”
Pengacara HyppTV untuk program Girls Only di HyppInspirasi HD (HyppTV Saluran 111), Ain Edruce meluahkan, “Semestinya setiap peserta berasa gembira. Walaupun pasukan kegemaran saya iaitu Chelsea tewas, tapi tidak mengapa, kerana pertamanya, suasana berada di Stadium Nasional Singapura amatlah menarik dan keduanya, saya berkesempatan untuk menyaksikan pasukan kegemaran saya menentang pasukan yang hebat, iaitu Inter Milan dan ketiganya, pasukan HyppTV adalah yang terbaik, anda semua hebat. Saya benar-benar berharap agar HyppTV akan menganjurkan lagi program-program seperti ini pada masa-masa akan datang.”

Putra Amaris yang terkenal menerusi drama bersiri “Mr Stalker, Saya Cintakan Awaklah!” yang disiarkan di HyppSensasi HD (HyppTV Saluran 116), berterima kasih kepada HyppTV kerana menjemput beliau untuk bersama-sama dalam perjalanan kali ini. “Ia seperti satu mimpi yang menjadi kenyataan dan saya masih tidak boleh percaya yang saya kini berada di Stadium Nasional Singapura. Saya amat teruja dan jutaan terima kasih serta tahniah kepada para pemenang!” Mengulas mengenai perlawanan tersebut, beliau menambah, “Kalah atau menang itu merupakan adat pertandingan, namun bagi saya, setiap daripada kita adalah juara, dan kita adalah pemenang. Chelsea, hebat!” tambah beliau bersahaja.

Pengacara HyppTV untuk program Buletin 113 di Salam HD (HyppTV Saluran 113), Nazrief Nazri pada masa yang sama turut berkongsi dan mengulas mengenai perlawanan tersebut, “Hari ini merupakan kali pertama saya menyaksikan perlawanan di antara Chelsea menentang Inter Milan dan menerusi pengamatan saya, Chelsea tidak bermain dengan bersungguh-sungguh pada perlawanan kali ini, serta kelemahan di bahagian serangan. Walaupun Inter Milan turun dengan bilangan bintang bola sepak yang lebih sedikit namun mereka bermain dengan baik berbanding pasukan Chelsea yang mempunyai bilangan bintang bola sepak yang lebih ramai. Mungkin mereka tidak begitu bersemangat hari ini. Jadi tahniah kepada pasukan Inter Milan kerana menjuarai ICC 2017 dan terima kasih kepada HyppTV kerana membawa kami ke Singapura bagi menyaksikan perlawanan ICC2017 secara LANGSUNG!”

Parti Tontonan Eksklusif HyppTV di Lembah Klang

Sementara itu di ibu negara, bagi meraikan tontonan secara eksklusif, acara itu secara langsung, HyppTV telah menganjurkan beberapa parti tontonan dengan pelbagai aktiviti serta permainan berkaitan bola sepak.

Acara tontonan tersebut telah disertai oleh para peminat bola sepak tempatan yang bersorak untuk pasukan kegemaran masing-masing selain turut mengambil bahagian dalam permainan serta aktiviti-aktiviti menarik bagi memenangi cenderahati eksklusif, ihsan daripada HyppTV.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 112 saluran dengan 58 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – yang terdiri daripada 54 saluran premium, 27 saluran percuma, 2 saluran Radio, 7 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. Setakat ini, HyppTV mempunyai sebanyak 1.6 juta pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial kami di http://ift.tt/1pz1h2j (Facebook), http://www.twitter.com/hypptv (Twitter), http://ift.tt/2x5MU98 (Instagram) dan http://www.youtube.com/tmyoutube (Youtube).

The post Siaran Akhbar: HyppTV Menghangatkan International Champions Cup 2017 appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Siaran Akhbar: HyppTV Menghangatkan International Champions Cup 2017

Sekianlah artikel Siaran Akhbar: HyppTV Menghangatkan International Champions Cup 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siaran Akhbar: HyppTV Menghangatkan International Champions Cup 2017 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/siaran-akhbar-hypptv-menghangatkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :