Suami Dipenjara Sebulan Tampar Isteri

Suami Dipenjara Sebulan Tampar Isteri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suami Dipenjara Sebulan Tampar Isteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suami Dipenjara Sebulan Tampar Isteri
link : Suami Dipenjara Sebulan Tampar Isteri

Baca juga


Suami Dipenjara Sebulan Tampar Isteri


KUALA LUMPUR – Tindakan seorang suami yang menampar pipi serta memulas tangan isterinya hanya kerana perselisihan faham mengenai hak penjagaan anak membawa padah apabila lelaki itu dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu terhadap Saiful Putra Nurham, 35, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya Nor Zura Mohamed Zaki, 35, seorang jururawat.

Bapa kepada lima anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Masjid India, Jalan Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini pada 9.30 malam, 26 Ogos lepas.

Mahkamah memerintahkan Saiful yang bekerja sebagai pemandu itu menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap 28 Ogos 2017.

Dia itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian mangsa bersama tiga anaknya berusia sembilan, enam dan lima tahun berjumpa tertuduh di lokasi kejadian untuk berbincang berhubung hak penjagaan anak sebelum berlaku perselisihan faham.

Siasatan mendapati pasangan itu sedang menjalani proses penceraian.

Terdahulu, Saiful yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya dikenakan hukuman ringan atas alasan dia sudah menyesal dengan kesalahan tersebut dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, ASP Nom Phat Prackdit memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Suami Dipenjara Sebulan Tampar Isteri

Sekianlah artikel Suami Dipenjara Sebulan Tampar Isteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suami Dipenjara Sebulan Tampar Isteri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/suami-dipenjara-sebulan-tampar-isteri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :