Super Junior Rancang Konsert Jelajah ASEAN

Super Junior Rancang Konsert Jelajah ASEAN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Super Junior Rancang Konsert Jelajah ASEAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Super Junior Rancang Konsert Jelajah ASEAN
link : Super Junior Rancang Konsert Jelajah ASEAN

Baca juga


Super Junior Rancang Konsert Jelajah ASEAN

KUMPULAN boy band dari Korea Selatan, Super Junior merancang untuk mengadakan konsert jelajah ke semua negara anggota ASEAN, termasuk Malaysia di masa depan.

Ketua kumpulan, Park Jeong-su atau lebih terkenal dengan nama pentasnya Leeteuk, berkata kumpulan penyanyi muzik pop itu berharap dan sentiasa bersedia menemui peminat mereka di rantau ASEAN.

“Kami berasa terharu dengan sokongan mereka dan ingin belajar lebih lanjut tentang budaya masyarakat ASEAN. Kami sendiri yang membuat penyelidikan tentang kesemua negara ini,” katanya kepada wartawan negara ASEAN, baru-baru ini.

Kumpulan wartawan itu melakukan lawatan sembilan hari ke Korea Selatan mulai 12 Oktober di bawah program Lawatan Pertukaran Anggota Media ASEAN dan Korea 2017.

Anggota lain kumpulan Super Junior iaitu Kim Jong-hoon (Yesung), Shin Dong-hee (Shindong), Lee Hyuk-jae (Eunhyuk), dan Lee Dong-hae (Donghae) hadir pada sidang media itu.

Super Junior ditubuhkan pada 2005 dengan penampilan awalnya membabitkan 12 anggota.

Beberapa orang daripada mereka yang pernah mengunjungi negara ASEAN termasuk Indonesia, Kemboja, Filipina dan Thailand, menyatakan kagum dengan pembangunan yang sedang berlaku di negara berkenaan.

Leeteuk turut menyatakan Super Junior akan mengeluarkan album baharu pada 6 November untuk meraikan ulang tahun ke-12 penubuhannya.

“Tarikh ini amat bermakna kepada kami dan kami menumpukan segala usaha dalam membuat persediaan dengan semua anggota kumpulan berpadu tenaga. Kami juga menulis sendiri lirik lagu,” katanya.

Shindong mencelah kumpulan itu akan mengeluarkan satu lagi album pada 2019.

Sementara itu, Eunhyuk berkata artis dalam wilayah ASEAN juga berupaya menjadi kumpulan pop terkenal jika mereka tekun dalam bidang diceburi.

“Saya yakin ada kumpulan pop ASEAN di setiap negara anggota kerana mereka masing-masing mempunyai kebolehan,” katanya.

Mengenai rahsia kejayaan kumpulan itu yang membolehkan anggotanya terus aktif dalam industri begitu kompetitif, beliau menjawab: ”Kami tidak mempunyai sebarang rahsia tetapi sambil usia kami terus meningkat, kami berusaha sedaya upaya untuk memberi yang terbaik,”

Ditanya tentang masa depan mereka, Shindong, Eunhyuk, Leeteuk, Yesung dan Donghae senada menegaskan hasrat untuk terus kekal dalam industri itu selama mana yang boleh.

Meskipun merupakan sebuah boy band yang terkenal, Eunhyuk menegaskan Super Junior tidak mempromosi budaya Korea kepada dunia.

“Barangkali, peminat kami mula menyukai makanan Korea setelah mereka menyukai lagu kami dan filem Korea serta berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang negara kami,” katanya.

Super Junior menjadi terkenal di pentas antarabangsa susulan single terbaik mereka “Sorry, Sorry” pada 2009, yang merupakan tajuk pada album mereka ‘Sorry, Sorry’.

The post Super Junior Rancang Konsert Jelajah ASEAN appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Super Junior Rancang Konsert Jelajah ASEAN

Sekianlah artikel Super Junior Rancang Konsert Jelajah ASEAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Super Junior Rancang Konsert Jelajah ASEAN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/super-junior-rancang-konsert-jelajah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :