link : SUSAH .... SUSAH ..... SUSAH ....Lihat dulu diri sendiri sebelum nak salahkan orang lain.
SUSAH .... SUSAH ..... SUSAH ....Lihat dulu diri sendiri sebelum nak salahkan orang lain.
Hari2 geng2 macai mengeluh hidup semakin susah, pendapatan tak bertambah, gaji tak naik, harga barang naik, duit dah tak ada nilai dan tak laku, harga getah dan sawit murah dan segala macam keluhan.
Betul ke pendapatan tak bertambah?
Macam mana pendapatan nak bertambah kalau masa untuk mencari nafkah/pendapatan semakin kurang. Masa yang banyak dihabiskan di kedai2 kopi, main dam, melepak, pergi menoreh lambat tapi balik awal, pergi cop sawit lambat balik awal, hisap rokok kuat dan macam2 lagi aktiviti sia2 yang tak menambah pendapatan pun.
Betul ke gaji tak naik?
Yang kerja makan gaji tak kiralah dengan kerajaan dan swasta kata gaji tak naik2. Tipulah kalau gaji tak pernah naik. Kalau dalam ramai2 pekerja 2 - 3 orang yang tak gaji tu mungkin betul sebab mungkin prestasi mereka kurang bagus. Mungkin kuat curi tulang, kuat ngulor, sembang banyak dan buat macam2 ikut suka hati macamlah kilang atau opis tu mak bapak dia yang punya. Kalau mula2 kerja gaji RM395.00 dan hari ini gajinya RM3,000.00, nak kata tak naik gaji lagi ke. Jangan nak banding dengan gaji orang lain. Padan la dengan taraf kelulusan yang ada. Darjah 6 mungkin kenaikkan gajinya cuma RM60.00, SRP RM80.00, SPM mungkin RM120. Yang ada diploma atau ijazah mungkin kenaikkan gaji tahunannya antara RM225.00 - RM600.00. Janganlah nak dengki. Mereka yang ada ijazah tu dulu belajar bersungguh2, banyak duit dibelanja untuk pembelajaran di universiti selama 4 - 6 tahun. Yang darjah 6 tu disuruh ke sekolah macam2 alasan tak nak pergi ke sekolah. Belajar sampai darjah 6 pun cuma sekadar pandai kenal huruf atau membaca, menulis dan mengira je.
Banyak buang masa?
Pagi2 turun dari rumah terus ke kedai kopi. Pukul 9 baru gerak ke kebun untuk menoreh atau cop sawit. Pukul 9 tu dah mula nak panas, susu getah pun dah tak berapa nak keluar sebab kene panas. Pukul 11.00 sudah nak balik. Singgah kedai kopi borak kata susu getah tak banyak, panas, tak larat nak cop sawit. Melepak lagi di kedai kopi sampai tengah hari. Lepas makan nasi terus keluar ke tempat melepak tiap2 petang. Main dam, ngeteh dan borak2 kosong sampai ke senja. Hisap rokok kuat. 2 - 3 kotak sehari dibakar begitu sahaja.
Pastu duk kutuk kerajaan bawak masuk Bangla, Indon, Vietnam, Myanmar yang menyebabkan tiada kerja kosong untuk diisi oleh rakyat tempatan. Tu sebab ramai rakyat tempatan menganggur tidak ada pekerjaan.
Kerajaan bawa masuk pekerja asing bukan untuk bekerja sebagai penjawat awam, jadi CEO syarikat GLC atau swasta, buka untuk menjawat jawatan pegawai, pengarah, setiausaha kementerian, jurutera dan sebagainya. Mereka dibawa masuk untuk sektor perladangan, pembinaan dan buruh am, kerja yang tak dipandang sebelah mata pun oleh rakyat tempatan.
Ada yang kata kerajaan tak menyediakan peluang2 pekerjaan. Di sektor perkhidmatan awam sudah ada 1.6 juta penjawat awam. Kekosongan jawatan di sektor perladangan, pembinaan dan buruh am lebih 2 juta kekosongan. Kekosongan terpaksa diisi oleh pekerja asing kerana rakyat tempatan tidak berminat.
DAP kata kalau mereka berkuasa nanti akan kurangkan separuh bilangan penjawat awam atau kira2 800,000 orang akan diberhentikan. Kerajaan hari ini mengekalkan jumlah penjawat awam sebanyak 1.6 juta orang adalah untuk memberi peluang rakyat mendapat pekerjaan dengan mengisi jawatan2 yang kosong bila penjawat2 awam bersara.
Perdana Menteri bekerja keras membawa masuk pelabur luar negara untuk melabur di sini dengan tujuan mewujudkan beribu2 pekerjaan. namun pihak pembangkang pula berusaha untuk menggagalkan kemasukan pelabur2 luar melabur di sini. Lihat sahaja bagaimana pembangkang berkerja keras supaya Lynas yang memberikan peluang pekerjaan kepada beribu orang ditutup. Pelaburan Saudi Aramco bernilai AS$7 bilion dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (RAPID) di Pengerang, Johor, Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 billion akan menjana beribu2 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.
Ada yang kata kununnya DS Najib telah menjual negara kepada China kerana membawa masuk pelabur2 China ke Malaysia.
Bagaimana pula dengan Menteri Besar Selangor yang mempelawa pelabur China melabur di Selangor? Adakah itu juga menunjukkan Azmin Ali mahu menjual Selangor kepada China?
Mudah sangat nak menyalahkan orang lain.
Demikianlah Artikel SUSAH .... SUSAH ..... SUSAH ....Lihat dulu diri sendiri sebelum nak salahkan orang lain.
Sekianlah artikel SUSAH .... SUSAH ..... SUSAH ....Lihat dulu diri sendiri sebelum nak salahkan orang lain. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SUSAH .... SUSAH ..... SUSAH ....Lihat dulu diri sendiri sebelum nak salahkan orang lain. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/susah-susah-susah-lihat-dulu-diri.html