Syed Saddiq Kata Hebat Dari Parti Murger Berpidato...Rupanya Hampesssss

Syed Saddiq Kata Hebat Dari Parti Murger Berpidato...Rupanya Hampesssss - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syed Saddiq Kata Hebat Dari Parti Murger Berpidato...Rupanya Hampesssss, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syed Saddiq Kata Hebat Dari Parti Murger Berpidato...Rupanya Hampesssss
link : Syed Saddiq Kata Hebat Dari Parti Murger Berpidato...Rupanya Hampesssss

Baca juga


Syed Saddiq Kata Hebat Dari Parti Murger Berpidato...Rupanya Hampesssss

Malam ini penulis sempat menonton video pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman beraksi untuk pertama kalinya pada Malaysian Student Leaders Summit XI yg berlangsung pada ogos lalu, penulis yakin bahawa negara ini akan berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja dalam tahun-tahun akan datang.

Ketua Pemuda berusia 25 tahun dari parti Dr Mahathir Mohamad atau penulis lebih gemar menyebutnya sebagai parti cap bunga raya telah membuat penulis menyedari bahawa sebenarnya terdapat golongan muda Malaysia di luar sana memiliki otak yg baik serta keberanian dan sifat merendah diri untuk memimpin Malaysia ke tahap yang lebih baik.

Penulis semestinya bercakap tentang lawan Syed Saddiq iaitu Shahril Hamdan semasa debat pada hari Ahad oleh The UK and Eire Council of Malaysian Students di Kuala Lumpur.

Pada awalnya penulis menjangkakan bahawa Saddiq akan menghancurkan Shahril dengan teruk, seorang ahli exco Pemuda Umno yang masih kurang dikenali bertembung dengan bekas juara debat Asia. Dengan kemahiran pidatonya yang sangat mengagumkan dengan topik "This House believes that Pakatan Harapan has a better economic agenda than Barisan Nasional" (Dewan ini percaya bahawa Pakatan Harapan mempunyai agenda ekonomi yang lebih baik daripada Barisan Nasional) adalah peluang yang bagus untuk beliau bersinar.

Sebaliknya, Sharil, 31, mengalahkan Saddiq dengan pemikiran yang jelas, hujah yang mudah dan bersederhana, bahkan dengan sedikit lawak jenaka yang diselitkan.

Syed Saddiq bukanlah terlalu teruk tetapi kaitannya dengan ahli politik jelas kelihatan: saya rasa beliau telah menenggelamkan dirinya dan para pendengar dengan terlalu banyak retorik tentang politik dan janji pilihan raya dari awal hingga akhir. Kelihatannya Syed Saddiq kurang bersedia untuk berbahas isu tersebut secara ilmu sebaliknya lebih terdesak untuk mempromosikan Pakatan Harapan telah menyebabkan Syed Saddiq tengelam dari awal hingga akhir.

Syed Saddiq mungkin lupa debat kali ini bukanlah satu ceramah politik didepan penyokongnya yg taksub kepada parti cap Bunga di Hulu Kelantan atau pun disebuah perkampungan nelayan dinegeri Kedah.

Mungkin pada awalnya Syed Saddiq memandang lekeh lawannya itu memandangkan beliau pernah dinobatkan sebagai pemidato terbaik Asia. Namun penulis percaya Syed Saddiq merasa cukup kerdil sebaik debat itu berakhir dan ini memberikan pengajaran kepada ketua Armada ini supaya berhati hati bukannya seronok mencabar kawan dan lawan berdebat setiap kali timbul permasalahan parti dan politik seperti yang dilakukan sebelum ini.

Apa yg pasti pada malam tersebut penulis cukup yakin Syed Saddiq cukup sukar untuk tidur.

Berbanding lawannya,
Shahril bagaimana pun sangat fokus dan kekal pada topik. Berbeza dengan debater terbaik itu, pemuda berusia 31 tahun itu tidak bercakap untuk menarik perhatian penonton atau lawannya; beliau berada di sana untuk membahaskan isu ekonomi. Shahril sendiri mengaku bahawa beliau dan partinya tidak sempurna. Tetapi bagi beliau, buat masa ini, itu sudah mencukupi dan satu satunya parti terbaik yang ada. .

Persoalannya sekarang adalah, di mana Shahril akan berdiri dalam PRU14 nanti ?

Pucuk pimpinan parti perlu mengetengahkan pemimpin muda berbakat sebegini yang mungkin masih ramai belum dikenal pasti diluar sana, memantau mereka, memberikan latihan dan menimba pengalaman politik dengan pehak yang betul agar pandai menyelamatkan diri supaya tidak dilambung ombak politik terlalu awal dan terbunuh pada waktu yang tidak sepatutnya..

Sekadar Pandangan. Dari Garis Masa En. Rozmi Mokhtar


Demikianlah Artikel Syed Saddiq Kata Hebat Dari Parti Murger Berpidato...Rupanya Hampesssss

Sekianlah artikel Syed Saddiq Kata Hebat Dari Parti Murger Berpidato...Rupanya Hampesssss kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syed Saddiq Kata Hebat Dari Parti Murger Berpidato...Rupanya Hampesssss dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/syed-saddiq-kata-hebat-dari-parti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :