Tular Aksi Pesawat Terbesar Dunia Nyaris Nahas Dibadai

Tular Aksi Pesawat Terbesar Dunia Nyaris Nahas Dibadai - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tular Aksi Pesawat Terbesar Dunia Nyaris Nahas Dibadai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tular Aksi Pesawat Terbesar Dunia Nyaris Nahas Dibadai
link : Tular Aksi Pesawat Terbesar Dunia Nyaris Nahas Dibadai

Baca juga


Tular Aksi Pesawat Terbesar Dunia Nyaris Nahas Dibadai


BERLIN – Bayangkan pesawat yang anda naiki sedang mendarat dan tiba-tiba terhuyung-hayang tidak tentu arah malah nyaris terbabas ketika dibadai angin lintang kuat muncul tanpa diduga.

Begitulah yang berlaku apabila sebuah pesawat superjumbo jenis Airbus A380 cuba mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Düsseldorf, kira-kira 561 kilometer dari sini semasa angin ribut membadai seluruh Jerman.

Pesawat Emirates lebih 500 kerusi itu, yang juga kapal terbang komersial terbesar di dunia, dirakam berdepan kesukaran semasa hendak mendarat pada 5 Oktober lalu, namun kejadian ini masih diperkatakan pelbagai pihak.

Insiden itu berjaya dirakam oleh seorang pengesan pesawat, Martin Bogdan dan tular setelah dimuat naik ke laman YouTube dengan menerima lebih 11 juta tontonan selain kira-kira 29,000 tanda suka serta hampir 4,000 komen.

Juruterbang dipercayai cuba mendarat dengan betul di atas landasan tetapi angin kencang menyebabkan ia bergoyang ke kiri dan kanan. Mujur, juruterbang berjaya mengawal pesawat itu selepas mengalami kesukaran.

Apabila pesawat gergasi itu mendarat dalam keadaan angin lintang, para juruterbang lazimnya menghampiri landasan kapal terbang dengan memiringkan sedikit kapal terbang untuk mengurangkan kesan rintangan angin.

Bahagian utara Jerman dilanda angin ribut sejak beberapa hari lalu manakala taufan Xavier yang membadai negara Eropah itu mengorbankan tujuh orang. Kerosakan paling teruk kebanyakannya berlaku di daerah timur laut.

Antaranya perkhidmatan kereta api laju antara Berlin, Hanover, Hamburg dengan Keil terpaksa dibatalkan buat sementara waktu pada Jumaat atas faktor risiko keselamatan, menurut laporan media tempatan, The Local.

Meskipun Düsseldorf tidak terjejas teruk akibat taufan, kelajuan angin di kawasan itu lebih 35 kilometer sejam pada Khamis lalu sewaktu pendaratan pesawat Emiriah Arab Bersatu tersebut dirakam, lapor portal timeanddate.com.

Bogdan menulis: “Saya sudah merakam beberapa pendaratan pada waktu angin lintang di pelbagai lapangan terbang di Eropah sejak beberapa tahun lalu, namun yang berjaya diatasi pesawat ini begitu dahsyat luar biasa.

“Awalnya ia kelihatan seperti pendaratan yang biasa dilihat semasa angin lintang. Namun sebaik sahaja pesawat mendarat kelihatan juruterbang mencuba sedaya upaya untuk bergerak lurus di landasan dan ia menakjubkan.

“Saya tidak pernah menyaksikan keadaan seumpama itu selepas pesawat mendarat. Anda boleh nampak yang juruterbang cuba sedaya upaya untuk mengemudi pesawat supaya sejajar dengan landasan. Mujur ia berhasil.

“Video ini menunjukkan kemahiran hebat juruterbang. Meskipun berdepan angin kencang yang tidak dijangka selepas mendarat, mereka masih mampu menggerakkannya supaya sejajar dengan landasan. Menakjubkan!”

Seorang jurucakap Emirate berkata: “Pesawat EK 55 mendarat dengan selamat di Düsseldorf pada 5 Oktober dalam keadaan angin lintang. Keselamatan penumpang dan anak kapal tidak dikompromi.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tular Aksi Pesawat Terbesar Dunia Nyaris Nahas Dibadai

Sekianlah artikel Tular Aksi Pesawat Terbesar Dunia Nyaris Nahas Dibadai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tular Aksi Pesawat Terbesar Dunia Nyaris Nahas Dibadai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/10/tular-aksi-pesawat-terbesar-dunia.html

Subscribe to receive free email updates: